Followers

Tuesday, January 19, 2016

Kembali Ke Sekolah Selepas Cuti Demam Yang Panjang

Posted by Zie Madini | 0 comments


Semalam bermulalah lagi drama tangis menangis Mikail di awal pagi. Kes dia tak nak pergi sekolah.Meraung lah dia nangis di awal awal pagi. Dia ingat tangisan dia tu weols nak mengalah and turut cakap dia ler kekononya tu.

...sorry, nak. Kau tetap gak pergi sekolah tak peduli kau nangis bagai apa. Huhu. For your own good. For your future. Actually susah hati bila tinggalkan menangis nangis. What to do lah kan. Kena gak keraskan hati if nak anak pandai 





Bila balik sekolah, ceria weh si kecik ni according to Sarah (kwn zie yg tolong ambilkan dia). Sibuk je dia gtaw Aunty Sarah dia, yg mama dia tk dapat ambil sebab mama dia kerja. Hahaha. Cubalah pepagi semangat dia ke sekolah seceria mcm dia balik sekolah.


....alahaiiii... anak anak. 




Thursday, January 7, 2016

Bila Ibu Bekerjaya Bawa Anak Ke Pejabat

Posted by Zie Madini | 0 comments



Cerita tahun lepas ni actual. Wahhh... cam kedengaran lama je bila guna ayat "tahun lepas". Walhal baru je minggu lepas actually... hahaha :D Memandangkan tak org nak jaga Mikail di rumah, sebab emak bawa Nenek pergi check up di Poliklinik sama sama dengan Kak Mida.

...sebab Zie tak nak Mikail ikut sekali dengan dorang (kang busy nah dorg nanti, mana nak urus Mikail... mana nak urus nenek lagi), tu yg Zie bawa Mikail ke opis je. Buat kerja sambil jaga dia. Hahaha





Kasi dia main stationery Zie. Baru dia dok diam kooo. Kalau tak... habis meja Zie dia kacau. Sampai tumpah air tin dia...hahaha. Apa lagi akuu... terus jadi singa :D ... hehe





Mintak susu ler pulak... adeh. Pssttt,, survival mode koo. Tarik kerusi dan cantum, terus jadi instant katil. Hahaha. Mikail kalau menyusu, dia selesa menyusu baring. Zie suruh susu duduk je sebenarnya, Dia tak nak.

...nak baring gak katanya. Tu yg zie ala ala... okay boss! Huhu





Pssttt....tak lama lepas dia susu... adalah dalam setengah jam gitu. Berak ler plak dia. Aiyaaaa. Nasib baik kat store opis ada toilet yg uols boleh mandi kat sini. So guna toilet tu je lah utk cuci berak dia. Huhuhu. 

...sambil buat kerja, sambil jaga anak... alahai, memang tak menang tangan koooo. Kalau dia nak duduk diam diam, okay. Ni tak...mcm mcm dia minta. Dahlah siap nyanyi bagai..adoiyai. Hahahaha. 





Wednesday, January 6, 2016

Hari Petama Mikail Ke Tadika

Posted by Zie Madini | 0 comments

Hari tu semangat kooo weols awal² pagi untuk bawa Mikail masuk tadika. Husband balik sekejap sebab dia pun tak nak lepaskan peluang hantar anak ke tadika pada hari pertama ^_^ Weols guna 2 buah kereta. Mikail ikut Zie... husband sorg². Hehe.

...lepas tu masing² gi tempat kerja masing². Tentang Mikail plak... liat nah anak bujang Zie tu nak bagi awal pagi. Drama menangis tak nak bangun and mandi tu memang wajib dia berdrama. Hehe




Alololo...comel! Mula² ok dia. Maybe sebab dia fikir weols ada sekali kot. Bila Zie dan papa dia dah nak balik... tu dia. Mengamok dia melalak seakan nak ikut weols balik. Sampai di luar kawasan masjid kedengaran. Pilu hati weols laki bini dengar. 

...tp kena gak weols laki bini keraskan hati. For his education. Kalau bukan skrg hantar... bila lagi kan? Sooner or later tetap akan hantar gak. So awal² lagi lah kena biasakan dia.





Memandangkan Zie dapat nak ambil Mikail balik sekolah, zie 'tender' bini opismate zie tolong ambilkan memandangkan tempat tinggal weols tak jauh. Syukur dia nak...alhamdulillah. Uols nak tau, bila part aunty Sarah dia nak ambil dia balik. Dia tak nak balik kooooo. Still lagi sibuk main lego.. hahaha. Tadi pagi bukan main lagi dia kan :D

Semalam, hari kedua dia ke sekolah. Dah tak nangis lagi dah dia. Excited lagi ada. Dia kata nak jumpa cikgu n kawan² and main lego, baca quran sama² kata Mikail. Sampai je kat kelas dia semalam, dia bagi salam kat cikgu² dia.

Lepas tu terus dia pergi kat cikgu dia dan tunjuk kat cikgu dia bag sekolah dia dan terus suruhkan cikgu dia letakkan bag sekolah dia kat atas kabinet bag sekolah. Lagak mcm seorg boss bagi arahan koo... epppp! Hahaha. Mcm lah cikgu dia tak tahu mana nak letak bag dia tu. 

Lega zie dia dah tak nangis lagi. Masa hari pertama tu, susah hati giler zie. Takut dia demam je if nangis non stop. Nasib Mikail jenis nak di pujuk ^_^ Harap di permudahkan urusan pembelajaran Mikail. Amin.





 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)