Followers

Thursday, September 28, 2017

Dah Mula Baca Buku Cerita Dia

Posted by Zie Madini | 0 comments



Alhamdulillah... dalam 25 murid di kelas Mikail, hanya dia dan sorg lagi kawan dia (lelaki), dah habis buku bacaan siri Bacalah Anakku (ada 8 buku kesemuanya) dan dah mula dah baca buku cerita. Bila cikgu akademik dia inform zie last month utk sediakan buku cerita utk dia sekaligus gitaw zie pekembangan dia.... syukurnya zie. 

....Masih lagi dia salah sorg Top Student di kelas dia. Alhamdulillah ♥ Semoga prestasi pembelajaran dia sentiasa cemerlang hendaknya. Insha'Allah.

Terus minggu tu hari sabtu bawa Mikail ke bookstore cari buku cerita dia. Dan suruh dia pilih sendiri buku cerita apa yg dia nak ...hehe. Happy Mikail ke bookstore taw




Oh ye, utk para ibu bapa yg baca entry zie ni, zie highly recommended if  uols nak beli buku cerita kanak² utk anak uols yg baru je habis buku bacaan jenis suku kata, beli yg jenis tulis ada warna warna gini.

Sebabnya... so that anak senang nak kena perkataan. Once dah kenal betul² perkataan, baru leh start train dia baca buku yg tulisan semua in black. Ingat tu ye. Zie share apa yg cikgu akademik mikail terangkan pada zie...hihi




Apa²... i am proud of u, Mikail. Baru je umur 4 tahun 10 bulan... dah pandai baca buku cerita. Mama dia ni dulu, baya² dia...still main and buta huruf. Hahaha. 

Zaman zie dulu, weols org susah. Arwah ayah tak hantar weols adik beradik ke tadika. Pada weols time tu dulu, anak orang kaya je gi tadika. Weols adik beradik terus masuk darjah 1. umur 7 tahun baru start belajar. Huhu.Alhamdulillah, perancangan Allah swt adalah sebaik²nya... walaupun takde ke tadika, still gak weols adik beradik pandai²...hihi

bukan puji diri sendiri ye. Kebenaran ^_^ 

Rambut Raya 2017 Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments

Sehari sebelum Hari Raya bulan lepas, wajib koooo weols ke kedai gunting rambut utk gunting rambut si kecik comel zie ni. Uols tgk apa yg dia bawa sekali ke kedai gunting rambut tu....alahaiiii. Tak cukup dgn kain lampin, bantal dia angkut sekali weh.

....dahlah bantal cover dia tu bunga² nenek dia buatkan. Hahahaha. Akan mama print gambar ni utk tunjuk kat kau bila dah besar nanti. Hahaha




Dia dari dulu sampai sekarang, jenis tak takut di gunting rambut. Syok lagi ada dia. Tahu dia kot nak hensem². Tu dia suka je bila gunting...hehehe





Result dia....Handsome anak mama ni ♥ Sejuk mata memandang. Now dah sedia dah utk beraya keesokkan harinya...kan mikail kan. Hihi. Pssttt... time raya ni, double charge kooooo gunting rambut fee dia. Huhu. Takpe, janji anak aku dah handsome, berbaloi bayar mahal. hihi



Monday, July 3, 2017

Drama Selepas Cuti Raya, Bila Persekolahan Bermula (2.7.17 - Isnin)

Posted by Zie Madini | 0 comments



Hemprhhhh... anak OH anak. Tak pernah² dia ginie² bila nak turun sekolah walaupun cuti sekolah sepanjang mana pun. Tapi pagi ni....alahaiiiii. Ternangis²... kesedihan yg teramat sangat dia gi sekolah pagi ni tadi. Jenuh si emak ni memujuk. Pujuk lembut, semakin manja dia... semakin menjadi.

Sudahnya pujuk kasar ler jawapnya. Hahaha. Membebel lerrrr zie sudahnya. Budak².... hemprhhh. Susah hati bila tinggalkan di di kelas dgn cikgu dia pagi ni tadi dgr dia meraung nangis. As a mother, tersentuh hati zie dgr tangisan anak

...nak anak pandai kan. Terpaksa ler pekakkan telinga, keraskan hati. hihi




Syukur kata cikgu² dia, kejap je dia nangis. Bila Cikgu hantar di Whatsapp gambar² dia tgh celebrate birthday kawan dia... tgk dia okay. Baru lega rasa hati ni taw. Mikail mikail... jgn mcm ni lagi,. Tak suka mama.



Wednesday, June 14, 2017

Pertama Kali Dia Berpuasa - 12.6.17

Posted by Zie Madini | 1 comments



Dapat spotted mana satu Mikail? hiihi. Budak lelaki kecik dari kanan, nombor 3... haaa tu lah Mikail ^_^ Isnin ni tadi dorg kan dah start sesi persekolahan balik selepas 2 minggu cuti penggal. Masuk² je sekolah... belah petang, terkejut terima whatsapp di group dari cikgu dorg gitaw muka² di dalam gambar tu lah yg berpuasa sampai ke petang.

...belum pecah lagi. Dia kata di berpuasa dgn cikgu² dia. excited dan penuh semangat lagi tu. Wahhh... surprised kooo zie. No wonder lah sejak dia tahu orang berpuasa, dia pun sibuk gak gitau dia puasa n bila di suruh makan, dia tak nak. Rupanya dia semangat nak puasa. 

Walaupun hakikatnya sepanjang cuti sekolah tu dia dok minum air je. hahaha. So far belum lagi start latih dia berpuasa. Ingat nak mula tahun depan. Syukur lah dia sendiri yg nak mulakan seawal umur 4 tahun lebih ni. Alhamdulillah.

Ada gak zie pesan kat cikgu² dia. If dia tak larat, bagi di pecah puasa. Hihi. Sejuk perut mengandung koooo nak ♥





Friday, May 12, 2017

Mikail Buat Persembahan ♥ Jadi Penyanyi Utama Kelas Dia

Posted by Zie Madini | 0 comments


Pada 12.11.16 bulan lepas, tadika tempat mikail belajar buat persembahan penghujung tahun sebelum dorg star cuti sekolah :) So... secara rasminya, inilah persembahan dari Mikail yg ke-2 ^_^





Tadaaa... persembahan dari Kelas 4C. Hehe. Masa dia naik atas pentas tu, berdebar debar gak jantung zie koo. Takut sejarah mungkin berulang... hahaha

... kan masa majlis anugerah pelajar terbaik dia aritu, dia nangis time on stage masa buat persembahan. Hahaha






Nasib kooo kali ke-2 ni, dia cool je. Tak nangis. Agaknya tak nak kena ejek zie kot, nangis on stage. Hahaha. Dan dan lagi dia jadi lead singer untuk Kelas dia...

... memang wajib kooo dia tak boleh nangis.




Syukur alhamdulillah. Dari awal persembahan sampai habis persembahan, dia tak nangis dan persembahan berjalan dgn lancar.

... that's my boy! Hehehe




Penyanyi utama Kelas 4C ... my little handsome boy, Muhamad Mikail :) Last minit kooo cari jubah hitam dia tu. Nasib jumpa... hehe

Warna hitam senang je nak cari. Sebab kebanyakkan warna jubah yg ready stock byk berwarna hitam dan putih :)







Bila majlis selesai, dia nak santai santai kejap kat tepi kolam di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub. Future sekolah rendah mikail kelak... insha Allah. 

Cantik koooo permandangan kat Ma'had Tahfiz ni. Sejuk mata memandang.




Masa untuk balik, kata nenek dia. Actually dia still lagi nak santai santai tengok ikan kat situ. 




Sebagai anak yg baik dan menurut kata, once kita ajak dia balik... dia akan ikut cakap kita tanpa memberontak. Semoga berkekalan sampai bila-bila sikap baik mu ini duhai anakku.. amin.




Ni dia video persembahan dia haritu. Happy watching. Slow je suara dia... haha. Malu ler tu ^_^





Anugerah Murid Terbaik Bagi Kelas 4 Cerdik

Posted by Zie Madini | 1 comments

Ya ampunnnn... blog kini terabai sekali lagi dek akibat kekangan kerja. Huhu. Bila malam... keletihan dah. Bila letih... idea nak nulis blog pun nan hado. Hahaha

So... hadap lerrr uols baca entry yg udah tak "Fresh" ... hehehe.



Pada 12.11.16 (Sabtu), adalah majlis konvokesyen Tadika Tahfiz Tattary yg ke-7 kalau tak silap. Actually majlis konvo tu khas utk murid Tahun 6...

Mikail ikut serta sebab dia kan salah seorang penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kelas dia bagi kategori Zakiyyul Fikri :) Alhamdulillah...

Sejuk mata tgk dia berjubah putih :) hehe





Mak ayah dia berbaju putih gak... cuma zie more kehitaman ler coz takde tudung dan skirt putih... hehe. Takpe, janji ada warna putih.. ye idok? ^_^




Sebab weols mengikut jadual surat jemputan (murid-murid yg terlibat kena dtg jam 12tgh hari)... menjawap ler melopong tgk cikgu cikgu setting stage ... hehe

Majlis bermula jam 2:30pm actually. Hahaha. Takpe... sbg tetamu kena hormat atur acara penganjur majlis... betoi tak ;)


Siap sedia untuk buat persembahan. Semangat kooo aku. Ensem anak mama ni. Sejuk hati tengok. Semoga jadi anak soleh... amin.



** Mikail bari depan, No.3 dari kanan**

Bila masuk je dorang utk nyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku... terus tengok mikail dah tersendu sendu nangis.

Ya Allah... resah seorang ibu bila tengok anak dia nangis sampai terhenjut henjut bahu... rasa nak je berlari ke atas stage, peluk dan pujuk dia :'(


** Mikail baris hadapan, No.1 dari kanan. Sebelah cikgu tu **


Sepanjang persembahan nyanyian tu dia nangis non stop (persembahan dia nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Khatam Al-Quran).

 Dari jauh nangis mata dia bengkak. Bengkak gak hati zie yg terpaksa tengok dari jauh... uwaaa. 1st time dia di stage. Nervous n takut dgr bunyi sound system kot. 

Bila dah takut tu, sure lah dia cari Zie... hemprhh





Habis je persembahan... Cikgu Rose terus jumpa zie nak ambil kain lampin dia coz dia nak tido katanya. Terus Cikgu Rose gtaw kat Zie... dia still tak bagi Mikail pada Zie dulu...

... takut dia tak nak naik pentas ambik hadiah. Terpaksa lah akur. Sepanjang tu lah jiwa zie tak tenteram... sebab tak tgk dia... 



Until lah masa dorang dah nak ambil hadiah... baru ler lega hati zie tgk dia dah okay. Dah tak bengkak mata... hehe.




** Mikail sebelah paling kiri, cikgu dia pegang**


Masa dia tunggu turn dia ambil hadiah. Zie dah risau... takut dia nangis lagi. But syukurlah... tak dia nangis. Ambil hadiah dgn jayanya. Hahaha






Tu dia... hihi. Sayang anak manja mama ni tauk. Bila majlis dah selesai, Zie tanya lah dia... kenapa nangis. Dia kata "Mikail nak pergi kat mama. Cikgu tak suruh"... alolololo....

...of coz lah cikgu tak suruh. Majlis belum selesai. Hehe




Hadiah dan medal (errr... kira medal ek tu? Haha) dia. Alolo... cian, nangis dia nak tido. After this tido lah puas puas ye syg mama... hehe.



Ni dia video dia nangis on stage...haha. Kesian anak manja mama ni tau. Hihi.




Raptai Majlis Konvokesyen Tadika Tahfiz @ Hari Penganugerahan MuridTerbaik

Posted by Zie Madini | 0 comments


Cari Mana Mikail kat atas pentas tu... Hehehehe. Throw back entry ni ea. Last week dia ada rehearsal kat Shhh.... tak leh gitaw. Coz belum berlalu... untuk safety purpose ye ^_^

Tadika dorg tumpang dewan kat nearby je. Dekat je dari tadika dorg.




Take 5 and Peace yow! Hehehe




Tengok dia tu. Tak reti ler nak duduk sopan sopan. Hahaha... kids *sighhh* Kalau zie ada baru behave dia.

Thanks Cikgu Rose and Cikgu Bie sudi snap gambar Mikail time rehearsal untuk tatapan zie sekeluarga :) Appreciate it so much! ❤️

Actually byk sebenarnya gmbar dorg sent. Tp tak clear sgt. Ni je yg paling clear untul di abadikan dalam blog ni. Hehe.

1 more day left... tak sabarnyaaa nak tgk Mikail buat persembahan di pentas dan terima anugerah murid terbaik nanti

Im so proud of u, sayang :)




 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)