Followers

Wednesday, January 24, 2018

Reaksi Mikail Dapat Surprise Gift

Posted by Zie Madini | 0 comments



Hari Sabtu yg lepas, awal² lagi dah zie keluar. Kira keluar senyap² sebab tak nak Mikail ikut. Haha. Bukannya apa, if dia ikut... payah nah nak bercari benda alah taw. Sebab akan senantiasa mengawasi dia. Geram bebenor zie nak belikan safety harness utk ikat kat dia.

..tapi husband tak approved. Tu yg susah. Habis beli barang², Zie singgah di Parkson dulu. Sebab nak belikan Mikail hadiah. Hari tu zie ada janji dgn dia, if dia hafal surah Al- Fajr, Al-Ghaasyiyah, Al-‘Alaa, Ath-Thooriq, Al-Buruj dan surah Insyiqaq... Zie akan belikan dia Playdoh yg baru.

So... Taraaaa! As promised :)




Tetiba terfikir nak balutkan plak hadiah tu. Imagine camne dia excited nak buka nanti. Tu yg terus beli present paper and suruh customer service Parkson balutkan. Sampai rumah, bagi kat Mikail plastic Parkson tu...dan tengoklah sendiri reaksi dia di video kat bawah ni ^_^

::
::
::
::
::





Ignored dinding yg penuh dgn contengan Mikail. Huhu. Papa nya lom ada masa nak cat... hihi ^_^ Seriously, tak sangka reaksi Mikail akan sehebat itu taw. The power of wrapping a gift. Dulu selalu belikan hadiah dia, tak berbalut. Main letak je dlm plastik gitu² je. Dia teruja n seronok... tp reaksi dia tak sehebat kali ni.

...sebab berbungkus kan hadiah tu. So... he is really surprised! haha. Sayang anak mama dunia akhirat ni. Semoga semakin hari semakin terang hati mu anak dalam menimba ilmu. Semoga kamu dan adik kamu membesar menjadi anak² yg soleh dan berbakti kepada kedua² orang tua mu

Mama garang memang garang bila come to part belajar. Garang bukan sebab supaya kau dapat nombor dalam kelas or dalam keputusan cemerlang supaya mama dapat berbangga² dan banding²kan dgn yg lain. No no no... mama tak gitu sayang. Mama garang, mama nak kamu score yg terbaik... sebab untuk masa depan kamu...Bukan untuk bermegah²

Bagi Zie, asalkan anak² zie ada improvement dalam pelajaran dia. Tak kisah lah, dapat nombor ke... tak dapat nombor ke. Asalkan dia ada improvement je dari semester pertama. Syukur dah zie. Harus kita ingat, katakan lah dorang tak pandai dalam pelajaran, tapi bila kita tua nanti... dia pandai jaga, cuci berak kita. Always ingat tentang itu ~




Tuesday, January 23, 2018

Hari Pertama Balik Ke Sekolah - Tahun 6

Posted by Zie Madini | 0 comments


Semalam punya lah kelam kabut Zie turun hantar Mikail ke sekolah dan kerja. Terus terlupa kooo, Zie nak berswafoto dengan Mikail. Setiap tahun wajib kooooo iols berswafoto dengan Mikail masa hari pertama persekolah. Kalau takde mood berswafoto pun, at least Zie akan snap gmbar Mikail sorang dan post kat FB...hihi

Tapi semalam... boleh plak LUPA! Haha. 




Nasib lepas Zohor, cikgu kafa dorang ada bagi gambar dorg selepas sembahyang. So aktiviti akademik dorang selepas solat Zohor adalah bermain Playdoh! Wahhh... teruja lah Mikail main. Sebab main playdoh memang mainan kegemaran dia.




His happy face Day 1 back to school. Hihi. Sayanggg anak mama tok. Syukur lah cikgu Tehah dia still tolong zie hantarkan dia balik. Kalau tak... mahunya extra kelam kabut Zie pagi petang terkejar² dgn masa. Huhuhu

...thanks cikgu tehah. Jasamu amat weols kenang sampai bila². 

 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)