Followers

Wednesday, August 21, 2019

Pertama Kali Mikail Jumpa Doktor Gigi ♥

Posted by Zie Madini | 0 comments

Masa Zie tolong Mikail berus gigi pada belah paginya.... baru perasan yang gigi susu bahagia depan, bawah, goyang dengan jaya. Bila check betul²...alahaiiiiiii, gigi kekal dia dah tumbuh ler plak. Senget jadinya. Geram betul kat Mikail ni, boleh gigi dia dah goyang nak patah dia langsung tak bagitahu Zie. Gara² kawan² dia selalu story kat dia sakit pergi klinik gigi....haishhhh. Selama ni dia sendiri gosok gigi.

...nasib pagi tu Zie tertiba rasa rajin nak gosok gigi dia time bagi dia mandi. Apa lagi, kena bebel ler dia. Tak suka gigi dia tak rata. Apa boleh buat. Time lunch break, Zie buat appointment dengan Klinik Pakar Pergigian Anmas di area Sukma (Petra Jaya, Kuching). Booked slot 7:30pm. Lepas maghrib terus pecut sini. Dekat je dari rumah....





Nervous dia. Hihi. Disebabkan nurse dan doktor gigi tu sangat sangat friendly... makes him felt welcome di situ. Hilang sikit nervous dia. Zie awal² dah setkan mind dia, gtaw dia tak sakit...kalau sakit pun, rasa semut gigit. Then gtaw dia, lepas cabut gigi....dia boleh makan eskrem.

Dia kan hantu eskrem, so excited ler dia malam² Zie bagi dia makan eskrem. Selalunya belah malam...a big NO NO makanan manis² especially eskrem. Sejuk maaaa. Kang flu plak dia. Kali ni no choice, sebab lepas cabut gigi...doktor memang akan suruh dia makan eskrem utk hentikan pendarahan.





Ingatkan Mikail akan kenak bius yang injection tu. Rupanya untuk budak², dorang akan bagi gel sapu je. Kesan dia sama macam injection tu...kebaskan gusi so that tak terasa sakit time cabut. Either gel or spray. Depends dengan keadaan gigi dia. Kalau kuat goyang dia, dorang bagi gel je. If still teguh, cam sikit² je goyang...baru dorang guna spray.

Best part is....dorang tak kisah pun Zie nak ambil gambar. Tu yang bestnya. Dapat gak Zie abadikan kenangan dalam blog ni haaaa... Untuk bacaan Mikail dah besar kelak. Mak dia ni kan jenis semua kenangan nak di simpan....hehe.

The reason why i never give up in writing blog ♥





Lepas doktor sapu gel tu, wait for few minutes... Tak sampai beberapa minit, settled! Maka tercabut ler 1 batang gigi susu dia. Rongak bahagian bawah ler anak iols jawapnya. Hihi. Lupa plak snap gambar gigi dia...hihi. Zie mintak bawa balik gigi tu. Sebab nak tanam. Tak nak gigi dia di buang mcm tu je....

To my surprise.... RM30 jer untuk sebatang gigi. Whoaaaa...murah giler! Rupanya cabut gigi susu jauh lagi murah dari cabut gigi kekal. Price range dia around RM30 - RM50 (depends dengan keadaan gigi susu budak tu). 

Mikail plak, lepas tu berlagak kooooo. Kata tak sakit langsung lah...best lah... sedap lah gel tu bla bla bla. Haaaaa...baru kau tahu kawan² tipu je tu...untuk takutkan. Terus ler Zie kata, next time jgn takut lagi nak gi jumpa doktor gigi untuk cabut or check gigi. Takde nya doktor tu nak makan dia.

Awal warning kat dia, if ada lagi gigi dia goyang²...awal gitaw emak or bapak. Tak nak diam² sampai gigi kekal tumbuh.... baiklah katanya. Upah...eskrem mcflurry. Demanding tinggi ko dia. Tak nak eskrem bisher bisher...haishhhh. Kids nowadays....






Wednesday, August 14, 2019

Tengok Boboiboy Movie 2 : Part II - MBO Cinema

Posted by Zie Madini | 0 comments

Sambungan dari entry → INI (klik untuk baca balik). Sebelum masuk beli air dan popcorn, selfie dulu dekat poster! Hihi. Zie sejujurnya, tak seberapa excited sangat. Coz expectation Zie cerita boboiboy ni like so so je...a.k.a bosan. Memang underestimate movie boboiboy ni bebenor Zie koooo. Huhu.




Dia ni memang excited nah. Asyik² tengok jam dia. Dia tak nak terlepas waktu. Nanti tak tahu cerita dari mula katanya...alahaiiii, tahu lah emak. Orang nak bershopping kejap pun tak tenang dia asyik ter makkkkk, cepat makkk. Hmmmm.

Kan Zie janji untuk dia bayarkan popcorn untuk weols kan. So yeah, dia yang bayar kan. Muka bangga nah weh! Haha. Mikail mikail...semoga gitu perangai kau dengan emak ni haaaa. Tak berkira dengan mak bapak dan adik². InshaAllah....





Gambar ni time Movie dah habis. Ini lerrr 1st time Zie betul² tengok Boboiboy. Kalau The Movie tu, ni the first. Selalunya tengok Mikail tengok boboiboy kat Youtube je....yang series tu. Tengok gitu² je tak fokus. Ni sebab dalam wayang kan....so no choice.

Out of my expectation okay! Best giler movie ni. Siap tergelak besar Zie bila si Papa Zola tu buat lawak spontan. Ceh! Tu arrr...over, kata tidur lah emak nanti bagai khannnn. Haaa hambik. Teruja tengok! Good job malaysian! Setaraf antarabangsa animasi dia. Part berlawan cam dragon ball kooo...caya lah!




Pssstt....terjatuh cinta ler plak dengan Fang ni. Alahaiiii! Kenapa lerrr bukan engkau yang jadi Boboiboy oi. Hahahaha. Ensem...eh! Watak cam watak Vegeta jer....muka mencuka. Payah nak senyum...ailikeee! Hard to get kinda type nih...haaa tu dia! Hahaha.

Best cita Boboiboy The Movie 2 ni. Wajib bawa anak² pi tengok. Zie yang tak suka tengok ni pun jadi suka giler. Nak carik DVD Boboiboy The Movie yang first tu nanti. Besttttt. Adudu lawak bodo arrr...hahaha. Funny! Part dengan Ayuyu tu...alahaiiii, perasannyerrrrrr. Hahahahaha.





Sebelum balik, singgah kat kedai kasut. Kekonon nak carik heels hitam buat pi kerja. Penyudahnya tak jadi, alang² gaji je lah shopping. Tak best shopping sekerat²...hehe. Next movie will be Dora The Explorer....uuuweee! Zie dah ada geng kaki wayang ♥ Lama tau tak jadi Kaki Wayang....now starting balik sudah.




Tengok Boboiboy Movie 2 : Part I - Nando's

Posted by Zie Madini | 0 comments



Here we are semalam, mewayang dengan Mikail ♥ Dia nak belanja emak dia tengok wayang katanya. Sempena Harijadi emaknya...dia suruh ambik duit dia, dia bayarkan tiket wayang... makan minum weols berdua nanti. Semua on him, katanya....haha.

Aah... iya kan. Takdenya Zie nak gunakan duit dia koooo uols. Bapak dia awal² da  bagi Zie duit belanja untuk tambahkan perbelanjaan weols keluar ni. Kalau bapak dia hulurkan duit, laju je Zie ambil. Rezeki jangan ditolak. Haha! Tapi kalau duit Mikail...tak nak lah 

Duit simpanan diat utk masa depan dia tu. Niat dia nak belanja emak dia ni, dah cukup bermakna bagi Zie. Sejuk perut mengandung ko uols. Weols pergi berdua je. Bapak diat stay dirumah, jadi 2in1 parent kepada Irfan dan Mikayla. Good Luck! Haha




Zie bawa Mikail ke MBO Cinema di The Spring. Dalam banyak² wayang di Kuching ni, hanya di MBO je Zie suka tengok wayang. Selesa Zie dengan tempat ni. Walaupun orang kat di Vivacity lagi cantik wayang dia lah apa lah...still MBO di hati. Hihi.

Time beli tiket ni, ada lerrrr budak tu sibuk je nak keluarkan duit dari wallet dia. Terbalik ke atas mata Zie tengok. haha. Mencuit hati. Kan dia nak belanja emak katanya tadi kan. He meant it okay. Pssttt... dia ingat cukup kot RM10 dalam wallet dia tu....HAHAHA. Tettttttt! Kalau duit di akaun bank dia, haaa...tu baru cukup. Ada debit kad tak kau., Mikail? Takde kan? So dok diam diam...hehe.

So, berdrama lerrr weols anak beranak di depan kaunter tu. Bila si anak nak bayar, si emak plak refused. So berdialog drama TV3 pukul 7mlm ler jawapnya. Hahaha. U made my day, sayang sayang. Nasib tak ramai orang. Pepandai ler Zie kata kali ni emak bayarkan. Nanti bila dia dah kerja, baru turn dia bayarkan. Buat masa sekarang, dia belanja emak pop corn je.

Nasib dia beralah. Hihi.





Muka excited! Ni pun dia sibuk nak bayarkan. Alahaiiiii... geram nak cakap kat dia, takde debit card...jd tukang makan je. HAHA! Takdenya cukup RM10 mu itu anak oiiiiiii. Dah besar nanti, dah berkerja dan ada duit sendiri, haaaa time tu makan kau ni nak makan itu ini. Tak belanja emak...siap kau! Mak paksa kau baca entry ni balik tau.




Zie nak redeem free ¼ Peri Peri Chicken sebenarnya. Sebab tu makan di Nando's. Jimat sikit. Hihi. Just ordered side dishes je dan air je. Gitu ler niat asal. Tapi Mikail mengiyau plak diat tak nak share chicken dengan Zie. Dasar tamak! Hahahaha.

Ye la ye la....mak order 1 set peri peri chicken mak sendiri lah. Kedekut haji bahkil nah Mikail tu taw. 





Set ¼ Peri Peri Chicken with mild flavour for me ♥ Side dishes Zie ordered Fries & Mediterranean Rice. Bahagi dua dengan Mikail. Zie kan tengah on diet. So wajib bahagi dua. Nasib hendak budak tu...kalau tak, terpaksa order lagi untuk dia.





Yang redeemed ¼ chicken tu, bagi kat Mikail. Flavoured Lemon & Herbs. Nak tahu? Kan tadi dia yang beriya nah tak nak share chicken dengan Zie kan. Katanya nanti dia kebulur lapar, camne....katanya tadi kan. So si over ni uols rasa² dia habiskan tak? Hmmm....takde maknanya dia habiskan. Cekik kang..haaaaa. Huhu.

Terpaksa lerrrr Zie yang tengah berdiet ni habiskan. Takkan nak buang. Bazir. Nak tapaw...alang². Sebab nando's ni tapaw dorang guna paperbag je. Takde plastik....kang hancur bocor, hbis cerita handbag aku nanti.

So nak tak nak....cheat day je lah dari diet. Kekanyang iols makan 2 ¼ chicken. sikittttt je dia makan. Tapi nasi n fires...dia habiskan. Maybe tu dia kenyang kot. Consider sikit gak apa makanan dia tu. Padan ar kurus kering.





Dia tak sabar nak tengok boboiboy dia. Zie so so je. Sebab tak pernah layan boboiboy ni. Ni pun terpaksa....demi mu anak. Ingat nak ajak diat tengok Dora The Explorer. Sudahnya dia tak nak. Katanya kawan² dia semua dah tengok. Dia sorang je belum tengok. Baiklah....





Sementara menunggu. Ingat nak beli baju T-Shirt Spiderman untuk dia pakai time birthday dia nanti. Alih² harga RM100 plus.... TAK KUASA aku noks! Hahahaha. Pakai je baju Spiderman yang dah ada di rumah nanti. Jangan membazir. RM100 plus over sehelai baju budak yang sekejappp je dah tak muat budak pakai...oh no no.. sangat tak berbaloi.

Tak terasa jalan² kejap je...dah jam 1:15pm. Rebut² naik atas. Sebab nak beli popcorn lagi kan.... So, entry bersambung di Part II ye uols. XOXO

Pencarian Bahan² Untuk Projek Seni & BI Anak

Posted by Zie Madini | 0 comments



Bila anak last minute bagi Zie list benda alah yang hendak dibeli cikgu² dia suruh, apa lagi emaknya...kelam kabut lerrr pi bercarik during lunch break. Geram pun ada gak dengan Mikail ni. Suka nah bagitahu last minute taw. Nasib sempat. Kalau tak sempat....haaa menjawap ler dia masa kelas tu dia langsung takde apa² bahan...

Brapa kali dah remind dia, jangan bagitahu last minute. Haishhh...kids....





Sejam je masa lunch break weols, Zie hanya dapat carik ni je. Kertas warna dan kertas keras je. Kotak tisu, kat rumah ada...so takyah. Tinggal batang ice cream je lagi. Benda alah tu kan...time kita perlu, time tueeeee lah jugak payah nah nak jumpa. 

Dari DIY ni, ke DIY tu Zie carik. Dari Supersave ni, ke Supersave tu carik....semua kata sold out. Nyampah nah! Huhu. So sambung esok je lah carik.





Syukur bila cari ke Mr DIY branch The Hills shopping mall, nah....berdozen dozen packs kat situ ada. Nak yang mana? Plain? Warna warni...semua ada. I is HAPPY! Hihi. Terasa tugas sebagai seorang ibu terlaksana bebenor weh. Hahaha

Zie beli 4 packs (2 packs warna warni dan 2 packs plain). Sengaja beli lebih so that seandainya ada kawan² dia yang lupa bawa ke or tak bawa ke...Zie suruh dia bagi kat mana² kawan yang takde. Sempat gak ek fikirkan tentang kawan² dia. hihi.


Ke Kelas Teakwondo Abang Mikail ♥

Posted by Zie Madini | 0 comments



Alolololo....kesian dia bangun awal temankan emak bawa abang Mikail dia ke Kelas Teakwondo. Kelas Teakwondo di sekolah Mikail 2 minggu sekali pada hari Sabtu, FYI. Selalunya bapak dorang yang gi bawa. Zie nak rehat dari tugasan hantar anak. Hari sabtu, turn bapak dia plak.

Tapi kali ni, tak dapat koooo ngelat. Sebab kan husband gi OPS selama sebulan. Belum balik lagi. Nak tak nak, gigih gak lerr Zie bangun pagi (kelas pukul 8am actually), siapkan Mikayla, Siapkan Mikail. Irfan je tak bawa. Stay dengan nenek dia kat rumah. The reason why bawa Mikayla sekali, tak larat kooo emak nak jaga 2 baby dalam 1 masa.

Hendak Zie bawa sekali Irfan, Zie plak "takde tangan" nak handle Irfan yang super aktif tue.





Kehadiran untuk ke kelas Teakwondo ni adalah WAJIB. If 3x tak hadir...akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah sebab part of pembelajaran.




Baruuuu je mula kelas, anak dara Zie ni dah hanyut tidur yang lena. Hahaha.





Kesian, still tali pinggang putih. Hihi. Masa di Tadika dulu, Zie selalu ngelat bawa dia ke kelas teakwondo. Asal husband away gi OPS je...takde nya Zie akan bawa. Ponteng kelas jadinya Mikai. Sudahnya kan dah effect prestasi anak. Huhu.

Takpe, inshaAllah ada rezeki lebih nanti, nak daftarkan dia terus di Teakwondo Academy jer. At least kelas dia sebelah petang...takde lah pepagi kelam kabut. Bagi Zie, ilmu mempertahankan diri pada zaman sekarang wajib kita bagi kat anak² untuk self defense. Tak kisahlah anak laki ke anak perempuan ke...bagi Zie, wajib dorang ada ilmu martial art.

Sekarang macam² je kes buli la, kes keganasan rumahtangga la...ishhh, mintak dijauhkan lah dari anak² Zie.....







Mikail Kena Allergik Teruk 😢

Posted by Zie Madini | 0 comments



Uols tengok mata Mikail tu uols. Panic giler Zie. Susah jaga budak yang ada allergik ni. Debu dia allergik, makanan pun dia allergik...even bauan punnnnn dia allergik. Malam tu, Zie tak perasan dia kena allergik ni sebab langsung takde makan seafood. Nak kata terdedah dgn debu, punnnn sama...takde gak. Masa tu Zie suruh dia tido...Zie dengar bunyi dia tarik² hingus dia... Zie ingatkan dia nangis sebab kan paksa dia tido (hehe)....

...the moment dia toleh kat Zie. Allahhuuuuu... panic Zie! Terus Zie tanya, dia gosok mata ke. Dia angguk. Apa lagi...membebel lah Zie. Dia kata gatal sangat...terus Zie tanya, tadi dia main apa? Dia jawap dia main Playdoh. Hmmmmm... Mikail ni kan...degilllllll sangat. Benda yang memudaratkan kesihatan dia, yang akan tiggerred allergik dia... benda alah tueeeee jugak dia berhantu nah nak main. Stress iols tau...huhu.

Dah tu pi gosok mata tak berakal nah. Gosok sampai bengkak camtu and mata putih dia tu turn out macam jelly²....siapa tak panik, kan. Nak bawa ke klinik, klinik tutup. Klinik biasa² ada lah bukak...tp klinik tempat pead dia, tutup sudah. Sakit hati plak Zie dgn Mikail ni. Degil!




Mujurlah zie still ada allergik dia ni. FYI, Mikail ada allergik rhinitis ye. Bagi dia ubat allergik dia pastu Zie basahkan towel kecil, letakkan atas mata dia utk kurangkan sikit kegatalan tu. Awal warning Mikail, jangan sesekali alihkan & gosok mata lagi. Mujurlah 30 minutes lepas tu, bengkak tu beransur² pulih. Hope Mikail learned the lesson....

Lepas bagi dia makan ubat, snap gambar dia...whatsapp kat bapak dia, sambung bebel lagi Zie kat bapak dia. huhu. Pastu terus Zie pi carik Playdoh dia....simpan tempat tinggi. Hari tu beli Playdoh tu sebab dia ada projek Sains kat sekolah. Sebab tu beli. Mikail ni memang tau...pantang nah tengok playdoh. Bukan nak kira nanti dia allergik bagai...haishhh. 

Cepatlah bulan Julai ni berlalu....letih dah iols ni jadi 2in1 parent. Tak sabar tunggu husband balik dari OPS...huhu. Stress kekadang dengar perangai anak². Tapi tu la...bila dorang besar nanti, Zie akan rindukan zaman dorang masih kecik macam ni.




 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)