Followers

Wednesday, March 25, 2015

Disney Cars Dish Set Buat Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments




Budak kecik ni kan....eeeee geram nah hati aku taw. Huhu. Kesabaran bebenor kite ni bila part nak kasi dia makan taw. Sesedap mana pun kau masak, semenarik mana pun menu kau... dia makan ikut mood dia je. 

Asal nak bagi dia makan, haaaa mula lah dia berdrama telenovela nih. Bertangisan bagai apa kau. Stress mak noks. Huhuhu






Sudahnya terpaksa pejam mata beli Disney Cars dish set ini utk dia. Zie beli kat Parkson sabtu lepas. Mikail kan minat dgn Disney Cars, so harus umpan dia benda alah ni utk bagi dia semangat nak makan. Pssttt...tektik Zie berjaya, weh! Haha

...bila dia mintak dishware ni kan, sure lah zie or Mak Nek dia akan say 

"Tu kan tempat utk makan. Mana boleh main. Kalau Mikail nak, mikail makan ye..."
 Ehemmm ehemmm, pancingan berjaya kooo. Nak dia makan. Walaupun tak banyak... at least makan kan. Tak perlu nak hadap drama berseries dia lagi. Hehehe







Dishware ni dijual berasingan. Semua berlainan harga. Ingat nak beli sekali dgn botol air Cars gak, tapi budget lari plak. Al maklum ler noks... tengah bulan masa tu...hehe. Gaji karang baru beli botol air Cars dia.

....risau tau dia tak nak makan. Padahal takde pun kasi dia jajan ke apa. Kenape ek budak budak suka nah tak nak makan... hemprhhhh.




Tuesday, March 17, 2015

Buku Blok Pertama Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments


Minggu lepas masa bawa Mikail jalan jalan, weols singgah kejap kat MPH Bookstore. Zie nak cari buku blok buat Mikail. Since b]skrg tgh bulan, beli yg jenis budget dulu lah. Hehehe. Yg brand Fisher Price cantik sebab material plastik.

...gaji nanti lah beli yg brand Fisher Price.





Beli Mikail Abjad dan Nombor dulu. Supaya dia kenal huruf. Actually dia memang dah kenal melalui learning application di Tablet dia. Cuma more better sekiranya Mikail belajar sesuatu yg dpt di pegang. Errr... paham tak ek apa yg zie cuba sampaikan. Hehe

...payah nah nak explain in BM. Kalau in local sarawakian language, laju je aku terangkan. Haha :D





Alololo....besar dah anak bujang Zie ni. 30 hari bulan Ogos ni nanti genaplah umur dia 3 tahun.







Belajar rajin rajin ea anak sayang :) Dah besar nanti jadi doktor ye... hehe. Aminnnnnn. Insya'Allah... itu lah yg di harapkan ^_^







Friday, March 13, 2015

Alat-Alat Pembelajaran Buat Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments



Zie ada sedikit terlambat beli² benda alah gnie dgn Mikail. Sebelum ni Mikail belajar abjad dan nombor melalui Tab dia je. Macam tak berapa fun je dia belajar melalui computer. Akan lebih bererti dan more fun sekiranya kita sbg parents yg ajar dorg manually..hehe.

....sesibuk mana pun kita, harus luangkan masa utk mengajar anak. Baru sekarang sedar.... uwaaaa! What a bad mom i am :( Bukannya apa uols... letih sgt setiap kali balik kerja. Sekarang, mencuba sebaik mungkin ^_-




Baru terkedek kedek ajar mikail matematik. Hehe. Simple matematik je dulu ajar. Kalau yg XY² YX² bagai tu... give up aku weh. Sebab diri sendiri pun fail...huhu :( Nangis. Hehe. Yg susah², hantar pi tuisyen je bila besar nanti beb. Lagi senang.

...ajar mana yg Zie pandai je :D




Ajar dia ajar nama sendiri dan ingat tarikh lahir sendiri. Result may not be overnight, all u need is patience ^_- Kesabaran kena ada lah mendidik. So zie sgt solute kat cikgu² kat luar sana. Zie hanya sabar ajar anak sendiri je...

...anak org wallahua'alam kot. Sebab tu tak nak jd cikgu sebab kesabaran dlm mendidik tu ada kurenggg sikit. Sebab nak jadi cikgu bukan sekadar nak dapatkan gaji taw. Besar amanah yg di pikul menjadi pendidik tu.

Buat cikgu² di luar sana, tabik hormat kat kalian ^_-





Wednesday, March 11, 2015

Disney Cars Collection :: Tom The Race Tow Truck

Posted by Zie Madini | 0 comments



Menambahkan Tom the race tow truck ke dalam koleksi Disney Cars mikail :) Come je combination warna si Tom ni. Biru kuning seyyy..hehe. Zie skrg mcm dah minat dgn warna navy blue kooooooo. Kalau light blue tak minat. must navy blue.

...dah tak berapa nak RED dah zie sejak menjak dah tua ni. Hehehe.







Ceaaaa...senyum sampai ke telinga kooo dia. Mana tak nya, asal kuar je jalan²... kompom akan dapat mainan baru. If tak Disney Cars, hot wheels. Hehe. Takpe... anak still sorg. Still mampu lagi nak layankan apa yg dia ngiyaukan.

...lagi pun benda alah ni tahan sampai bila² sebab besi, kan. ada gak kenangan mainan dia utk dia tengok bila besa nanti :D






So uols, meet Tom the race tow truck ^_- Lepas semua watak dalam movie Cars habis di kumpul. Akan start kumpul watak dalam movie Planes plak. Hehe. Comel² gak taw mainan tu. Koleksi utk Zie gak tu sebenarnya...hiksss ^_^





Monday, February 23, 2015

Lunchoen at Secret Recipe, Plaza Merdeka

Posted by Zie Madini | 0 comments



Hehehe....si kecik comel jadi model Secret Recipe jap :D Bawa emak and Mikail makan tengah hari. Malas masak... sekali gus nak shopping lepas tu... hehe.




Menu utk 3 orang. Tapi akhirnya semuanya Zie yg akan habiskan. Hehehe. Nasib metabolisme badan cepat membakar lemak. Kalau tak....gendut koo jadi aku. Asyik habiskan makanan anak or emak or suami. Hahaha





Appricot Orange Slushie untuk Zie dan Mikail. Sharing is caring...haha.. Ice Lemon Tea tu plak untuk emak,

Thai Style Fried Rice ni, untuk emak. Menu kegemaran emak setiap kali makan kat sini taw. Zie plak suka kat sambal belacan dia. Pedas tapi sangatttttttt lah sedap. 

Spaghetti Oglio Olio

Black Pepper Lamb Pie with Fries and Salad

Haaaa...kedua dua menu ni, Zie yg punya taw. Hehe. Actually tak nak fries and salad tu. Nak makan lamb pie tu je. Alih alih sampai siap ada fries and salad. Makan je lah uols. Tak nak pelayan tu in trouble nanti sebab salah ambil order.

...kesian nanti.





Meanwhile utk Mikail... kid's burger :) Zie order beef burger sebenarnya. Sampai plak chicken burger.... uwaaaa!!! Takpe lah... makan je lah. 2x dah pelayan tu salah ambil order. Tapi takpe...makan je. 

...jgn cerewet sgt. Janji kenyangkan Mikail.... itu sudah memadai :)






Wednesday, February 18, 2015

Mikail Kena Demam Panas

Posted by Zie Madini | 0 comments


Awal bulan februari ni tadi, Mikail tetiba je kena demam panas. Balik je dari kerja, Zie terus bawa dia ke B,Teo Child Specialist Clinic. Suhu panas Mikail pada masa tu 37° celcius. Jadi doktor bagi Mikail ubat cucuk buntut. Utk turunkan panas dgn lebih cepat.

...but kena bagi setiap 8jam. Tak leh kerap sangat.



Lepas bawa Mikail ke B. Teo Child Specialist Clinic, Zie rush drive ke Klinik Astana plak. Utk jumpa doktor gak. Zie kena demam dan batuk. Doktor bagi sehari je sick leave...huhu. Ok ler tu drpd takde langsung kan...hehe.





Ni je ubat Zie. Ubat batu, antibiotik dan uphamol pandol. Kepala pening bagai apa entah kena demam panas ni... 


Makanan org demam...hehe. Hanya bubur, ikan bilis goreng dan sos tiram je. Sedap apa makanan cam gnie...hehe



Memandangkan Zie on sick leave...so dpt monitor suhu panas Mikail. Nasib baik kat rumah ada termometer. Kalau tak..susah kooo nak monitor suhu. Nasihat utk para ibu bapa, if uols ada anak kecil... di rumah mesti ada termometer ek.

..Berbalik pada Mikail, keesokkan hari suhu Mikail still lagi turun naik. Even dah makan ubat pun still turun naik. Walaupun Zie kerap lap badan Mikail and bagi dia mandi (doktor memang suruh bagi anak mandi if kena demam panas sebab utk keluarkan panas dlm badan. So jgn takut bagi anak mandi)




Zie gtaw emak Zie, sekiranya sampai malam suhu panas mikail masih lagi di paras bahaya, terpaksa bawa ke hospital.






And yup...here we are at hospital. Huhu. Risau sangat sangat zie. Walauun pada masa tu Zie sgttt sgtt tak larat nak drive (sebab zie pun turut kena demam panas).... demi anak, Zie gagahkan juga diri drive. Mencabar sungguh taw uols.

...sebab masa tu hujan lebat sgt. Dan lah sendiri sgt tak sihat. Sampai di hospital, doktor suruh mikail berpempes je. And lap badan Mikail dgn kain basah. Masa tu suhu Mikail cecah 39.9° celcius. Zie memang awal awal dh standby baju Zie dan mikail

Kot kot mikail kena tahan di hospital. Pada jam 1am, Suhu Mikail menurun ke 36° celcius dan tak naik naik lagi, So doktor benarkan kami balik rumah.



 Syukur alhamdulillah Mikail tak di tahan di sepital. Risau sgt sgt zie. Keesokkan hari lagi Zie terpaksa ambik cuti lagi. Sebab nak jaga Mikail. Takut suhu naik lagi. 




Doktor hospital bagi Mikail ubat demam ni je. Setiap 6 jam perlu bagi. So Zie memang tepat jam bagi Mikail ubat. Demam panas tu beb... jgn di pandang sambil lewa. If suhu naik sampai 40 celcius, boleh terkena sawan or brain damaged tau budak.



...Syukur alhamdulillah... bila bagi ubat tepat jam dan sentiasa lap badan Mikail, 2 hari je Mikail demam panas. Lepas tu kembali pulih anak. Lega tgk dia kembali hyper. Hehehe. Terima kasih Allah swt sebab cepat sembuhkan Mikail dari demam dia :)








Monday, February 16, 2015

Alololo...Comel!

Posted by Zie Madini | 0 comments



Tengok si gedik kecik Zie ni...hehe. Kalau mood dia baik, nak aje dia berposing bergambar. Tapi kalau mood dia ke laut... kau nak tengok, memanjang je muka dia berkerut tengok camera...hahaha!

Pape pun, thanks kak midah for the treat! Next time my turn ya...hihi





Monday, February 2, 2015

Sudah Mula Menconteng Dinding Sudah Kawan Oiiiiiiiii

Posted by Zie Madini | 0 comments



Sebagai ibu bapa... kes ginie ginie ler yg kau akan hadap. Takde nya akan terlepas dari hadap kes --> Anak Conteng Dinding Rumah! Huhu. Nasib masa tu kasi pensel je. Kalau pen? Cat baru ler jawapnya kan. Huhu. Malam tu... Zie mcm biasa, kasi mikail main tulis² lukis² kat buku dia.

....selalunya ok je dia takde nak merayap buat kat dinding. Elok je dia nyanyi² sambil lukis/tulis kat buku dia. Masa tu zie tgh buat kerja. Hairan gak dgr kenapa tetiba senyap nanyian dia... bila toleh tepi, Ooooo rupanya itu kerja dia.






Tengok tu...belum lagi kena rotan **ayat sarcastic** dah melalak bagai org yg terkena lebih dia rotan. Hehe. Takut kena bebel ler tu...sbb tu terus nangis sampai berhingus² drama korea dia nangis tuh...grrrr






Baruuuuu je zie nak bebelkan. Tetiba mikail terus kata sambil nangis² dan sambil dia hulur tgn dia utk cium tangan zie sebagai tanya minta maaf.

"Maaaa.... ampunnnn makkkk. Ampunnnnn..."


Haaa... hati ibu mana yg tak jadi ala² awwwwww kesiannyaaa. comellll.... gitu kan. Sure terpujuk dan sejuk serta merta hati bila dgr dia mintak ampun kan. Hehe. Mikail memang gitu, if dia buat salah weols ajar dia utk minta maaf. Dan bila terima apa² je dia org... ajar dia sebut terima kasih or thank you :D

...didikkan membuahkan hasil. Awwww... hehe. Terima kasih Allah kerana memberikan hambaMu ini merasa bagaimana rasanya menjadi ibu bapa :) Kurniaan yg tak ternilai dan terindah dariMu Ya Rabbi ^_-



Bila mama dah pujuk dia dari berhenti nangis... terus kooo mengarah mintak susu. Cehhh! Hahaha. Layankan aje lah :D Tanggungjawap dan amanah zie sbg ibu :D







 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)