Followers

Tuesday, June 14, 2016

Mikail Ke Mikayla Nie?

Posted by Zie Madini | 0 comments


Kusss semangat tajuk tu. Simpang malaikat 44... puh puh puhhh. Huhuhuhu. Hari tu, Since kebanyakkan shawls lama dah Zie tak pakai, ingat nak kemaskan shawl collection zie. Mana² yg totally tak nak pakai lagi, akan bagi kat orang.

...zie ni, ada satu tabiat yg sgttt tak elok. Once dah beli baru, yg lama terperokkkk je dalam almari tak tersentuh² lagi. Tu yg husband suka nah bebel. Hihi. 

Masa tengah ngemas² shawls tu kan, adalah budak kecik ni mengacau.

::
::
::
::
::




Kau tengok. Dia sendiri yg pakaikan tu. Siap cakap "Mama... mcm ni ke mama pakai. Macam ni kan? Kacak sik saya?"... ek elehhh, Mikail ni ikut mood dia nak berbahasa Malaya. Kalau dtg mood gedik dia, haaa... campur² ler bahasa dia pakai. But more ke bahasa Malaya. Hahaha. Ngade taw

...Apa lagi Zie, terus.. awwwww, comelnyaaaa kau nak. If uols tgk dia live² bershawl gitu... 100% mcm perempuan. Adoyaiii. "Touch wood" nak oiii. Kau tu lelaki, Mikail. Jgn memandai nak jadi Mikayla. Mikayla tu nama mama reserved siap² utk adik kau nanti... eh! tetiba. Hahaha






Mikail Copyright©

Monday, May 30, 2016

Hari Sukan Tadika Tahfiz

Posted by Zie Madini | 0 comments



Hari khamis lepas, Zie dan husband ambil leave. Sebab nak attend Hari Sukan a.k.a Hari Sukaneka tadika mikail. Inilah dia har sukan yang pertama dalam hidup Mikail. Wajib koooo weols attend walaupun hari tu Zie ada meeting di opis.

....nasib boss memahami. Postpone meeting keesokkan hari :) Syukur sangat sangat dapat boss yg memahami. Bos pun suruh utamakan keluarga. Kerja boleh ditangguhkan ^_^





Budak manja. Asyik nak mintak gendong je. Berjalan bukannya hendak. Tu yg zie kalau papa dia not in town, Zie more prefer tak nak keluar gi mana mana. Berat kooo nak mengendong si Mikail tu. Huhuhuhu

...papa dia jadi tukang gendong takpe. Kuat :P




Cari mana Mikail kat group Rumah Biru tu.... hehe. Tema rumah dorg Captain America...hahaha. Hendak plak dia di ikat kepala ek. Good boy :D





Larian berganti under kategori 4 tahun. Rumah dorg dapat No. 3 je. Ok ler tu daripada balik langsung tak dapat apa apa. Hanya satu je acara sukan untuk tahun 4... hehe. Kebanyakkan utk tahun 5 dan 6.... huhu

....takpe, tahun depan... Mikail kumpul byk byk medal ea. Hihi




Masa rehat, weols belikan dia Milo. Dah jadi macam model iklan Milo pulak Mikail...hehe. Walaupun air dan makanan budak budak, pihak sekolah ada sediakan... still gak nak belikan dia air kegemaran dia tu :)








Anak yg tak nak jauh dari parents dia. Hehe. Budak lain semua duduk di bawah. Dia je yg sibuk nak duduk dgn weols. Tapi once masa rehat dah habis, Baru weols hantar dia ke bawah dgn cikgu dan kawan kawan dia.




Bronze medal dia. Medal pertama dia. Nak letak dalam frame nanti. Wajib letak coz kan medal pertama. Meaningful tu taw...walaupun hanya Bronze je, bukan emas. Hahaha. Peduli la kan :P




Mama dia plak. bila sampai rumah, kebiasaan ler... suke pening kepala. Coz panas "masuk" dlm badan sudah. Bila mikail tengok Zie tuam tuamkan kepala Zie dgn Ice Bag tu... dia sibuk gak nak tolong Zie tuamkan kepala zie.


....sejuk perut mengandung tgk photo ni. Hehehe. Terima kasih anak mama sebab jaga mama masa sakit. hehe




Tuesday, May 17, 2016

Koleksi Angry Bird, Mcdonnal Happy Meal

Posted by Zie Madini | 0 comments

Kau tengok expression muka dia tu uols. Senyum lebar tanda puas nah dia. Hihi  Lately ni asyik mintak ke Mcdonnallll je dia memanjang. Zie tahu "udang di sebalik batu" dia tu. Dia bukannya nak makan sangat pun

....dia nak permainan Angry Bird dari Happy Meal je sebenarnya. Grrrrr... grrrrrr.




So far dua dah dia kumpul. Mula mula malas nak ambil pusing sangat dgn toys dia ni. Aritu terpanggil ler plak nak skodeng benda alah 2 ekor tu. Rupanya kau boleh "tembak" guna tu rupanya...hehehe.

...aku plak yg teruja woi. No wonder Mikail berhantu nah dgn koleksi Happy Meal kali ni.Hehehe




Angry Bird yg warna putih tu, kau tekan je ekor dia tu ke bawah. Tertembak lerrr cekera bulat dari benda alah coklat tu. Meanwhile yg Angry Bird warna Yellow tu plak, kau tekan benda alah warn hijau tu.... terbang lerr si burung kuning tu tepat kat batang hidung kau...haha!

...itupun if kau "aimed" hidung orang ler ek. Hihi. Habis zie and Mak Nek dia, dia pi tembak. Sampai marah pun ada gak dibuatnya. Hihi. Last sekali zie ugut dia, akan nak pi beli lagi if dia keeps on tembak kat orang or Olin (err...Olin tu nyau zie...hehe)

Baru dia tembak dinding je...hehe. Tahu takut :P



Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru : Sambutan Pertama Mikail Bersama Cikgu² Dia

Posted by Zie Madini | 0 comments
Photo by : Chu Majorflava
Belong to: UNIMAS

Selamat Hari Guru buat semua cikgu² di seluruh dunia **ceaaa...budget ler tu seluruh dunia baca blog aku. Haha. Kasi can arr fefeling kejap :P ** 

Kali ni celebration Hari Guru zie sangattt sangat looking forward taw. Sebab kali pertama maaa Mikail akan sambut dengan cikgu² dia. So teruja kooo aku buat kraf bagai utk tempek di hadiah² cikgu² Mikail. Hehe. Boleh refer kat entry ini --> Kraf Sempena Hari Guru (klik utk view) 





Sebagai tanda terima kasih Zie buat cikgu² dia sebab sudah didik dan jaga Mikail sepanjang 9jam di sekolah. Jasa uols semua amat Zie hargai. Dan buat cikgu² yg pernah mengajar Zie di zaman sekolah zie dulu, ribuan terima kasih buat kalian.

...Semoga Allah swt pjgkan umur cikgu² dan murahkan rezeki cikgu² sekalian. Amin...



Tuesday, April 5, 2016

Pertama kali Ambil Dia Lewat :(

Posted by Zie Madini | 0 comments




Gara gara hujan lebat semalam, terus sampai kat tempat tadika Mikail lewat giler. Over pukul 6pm Zie baru sampai. Sana sini kooo traffic jammed kat bandaraya Kuching ni. Nasib Zie balit awal setengah jam dari staff yg lain.

...kalaulah balik mcm biasa (5:30pm)... kompom sampai kat tadika dia jam 7 malam...confirm! :( Susah hati Zie taw. Pekara yg Zie risaukan terjadi...dan akan terjadi lagi sebab memang tak dapat nak elakkan.



Kesian anak mama ni. Sampai je Zie kat tempat dorg tunggu parents sampai... Zie tgk dari jauh lagi dia dah kenal kereta Zie masuk and rebut rebut nak salam dgn Cikgu yg jaga situ. Bila Zie keluar and nak ambil dia... Zie tgk muka dia sedihhhhhh sangat n mata berlinangan air mata gitu.

...tak nangis, tapi berair mata. Kata cikgu yg jaga dorg tu... dia asyik tanyak kat dorg (ada 2 org cikgu jaga), mana mama Mikail. Aduhhh....sungguh kooo uols, rasa nak menitis air mata Zie. Maybe bagi uols, ambil lewat dari sekolah adalah perkara biasa je.

Tidak pada Zie. Zie sangat protective when it come to Mikail. Dulu Zie upah kawan Zie utk ambil dia (kwn yg zie percayai), tp sayangnya dia terpaksa stop ambil sbb dia dah ada buka bisnes sendiri. Nak kasi mikail balik guna van sekolah... Mikail still kecik lagi. Baru je 3 tahun 7 bulan je umur dia

Mana lah reti nak naik van. Bukannya driver van tu nak ambil sampai dlm kelas pun :( Syukur boss Zie sgt perihatin, zie benarkan Zie balik setengah jam awal if ambil anak. Apa apa pun, sgt rasa bersalah ambil dia lewat.

Harap nanti dia faham, mama dia kerja (husband outstation selama sebulan...thats why)... and why mama dia lambat ambil dia. Tapi Zie akan lakukan sebaik mungkin utk ambil dia on time. Kalau boleh tak nak bagi dia tunggu sejam lebih lagi...



Thursday, March 31, 2016

Koleksi Pertama Toys Thomas & Friends Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments


Kalau dulu, budak keck Zie tu dok sibuk kumpul Disney Cars or Hot Wheels Cars kan.... sekarang minat dia dah beralih ke arah Thomas & Friends by Fisher Price. Lega rasa mama and papa dia taw. Kalau yg Hot Wheels tu, still ok lagi...

...tp utk yg Disney Cars tu. Parkinson weh. Nasib dia start suka Thomas & Friends...so hasut dia utk mintak dibelikan Thomas & Friends train je. Nasib hasutan berjaya...hahaha.







Best par of Thomas & Friends trains ni...dorg dapat bersambung sambung. Well, nama dah pun train...of course ler kan. Hehehe. Keretapi Thomas & Friends ni di jual satu satu. So bei satu satu setiap kali keluar. Jimat.

...sebaik Mikail ni setiap kali keluar jalan, kompom ada adaaaa je rembatan toys dia. Nyampah taw. Hahaha




Hehehe...sampai muncung muncung je mulut dia mengajuk bunyi keretapi. "Chu chuuuu chu chuuu".. bunyi anak aku tu. Hehehe. Bagi je Mainan time kat meja makan... he'll behave :D Haha




Wednesday, March 9, 2016

Sekali Lagi Bawa Mikail Ke B.Teo Specialist Clinic for Children

Posted by Zie Madini | 0 comments


Semalam, balik je kerja... rehat sekejap and then terus bawa Mikail ke klinik lagi. Demam dia still belum kebah². High fever dia kejap datang, kejap okay. Masa hari Sabtu lepas, masa Zie bawa dia ke klinik ni... demam dia baru je nak mula.

...batuk pe semua belum ada lagi. So doktor just bagi dia ubat demam je. Takde bagi dia antibiotik.




3 days later, which is last night... terpaksa bawa Mikail sekali lagi ke klinik ni sebab nak dapatkan antibiotic utk boost immune system dia. Since dia pun dah kena flu dan batuk. Kesian tgk Mikail...teruk batuk dia :( 

...tu yg dia kena nab. Redha je muka Mikail masa kena nab tu. Kena tempek cool fever dgn nurse pun dia redha je. Kalau tak, mana hendak dia ditempek benda alah tu. Geli katanya...huhu




Like always... bila dia dah makan ubat, kompom ada drop suhu panas dia. Bila kesan ubat nak hilang...start lagi ler panas dia :( Tu yg Zie kena monitor betul²... jangan lambat bagi ubat. Selain bagi ubat, Zie pun guna kaedah tradisional utk hilangkan panas dia.

...keeps on lap² badan dia dgn air. Utk bagi dia sejuk. Panas dia memang tahap melampau...sampai menggigil² dia...walhal badan panas nah. Tu yg Zie gtaw kat emak n husband...if lepas 2,3 hari nanti still gak demam dia on n off...

Terpaksa bawa dia ke hospital utk run a blood test. Risau sangat²...Semoga cepat sembuh duhai anak. Mama risau sangat². Setiap malam Zie tidur less than 3 hours. Biasalah bila budak² tak sihat...


Saturday, March 5, 2016

Mikail Demam + Jumpa Blog Reader

Posted by Zie Madini | 0 comments




Kesian anak mama sorg ni taw... kepenatan dia ikut bawa Aunty Aja & Uncle Herry dia jalan jalan sampai terdemam demam kooo kawan kecik aku tue. Hihi. Budak kecik... biasalah kan, memang cepat nak demam if jalan jalan nie

...sebab tu lah Zie belum lagi nak fly cuti cuti malaysia. Tunggu Mikail dah besar sikit. Baru bawa... Insha Allah... hehe




Nie weols ke B.Teo Child Specialist Clinic. Sebelum demam dia melarat. Nak dijadikan citer, boleh plak terjumpa dgn blog reader kat sini... huhu, Segan ler plak. Actually sebenarnya nak ambil gmbar dengan dia, tp tak berani koooo aku.Hihi

...mana lah tahu kot kot dia jenis yg bukan kaki selfie mcm aku... hehe. Thank you sis Lin sebab sudi tegur Zie time tu :* Siap bagi Mikail something lagi... hehe. Thank you sangat sangat.






Dari demam biasa, terus jadi demam panas Mikail. Huhu... kesian anak mama ni. Cuaca tak menentu. Thats why ar. Nasib kali ni Mikail nak ditempek cool fever tu kat dahi dan belakang tengkuk dia. Selalunya tak nak dia taw. 

...good boy. Semoga cepat sembuh ye, nak. Oh ye... next week baru Zie story our holiday with Aja ea ^_^ Stay tune, babes! Xoxo



Monday, February 29, 2016

Boss Yang Baik...

Posted by Zie Madini | 0 comments

Last week, the moment kawan aku informed yg starting next month (March), dia tak dapat lagi ambil Mikail balik sekolah sebab dia dah start berniaga. Terus susah koooo hati aku, uols. Yela... Mana nak cari orang yg boleh dipercayai dan diharapkan utk ambil mikail.

... Aku ni bila come to part anak, memang tak trust stranger. More prefer orang yg dikenal. Bila semua kawan kawan yg tinggal nearby tak dapat nak tolong (aku bagi upah taw... Bukan mintak tolong free ye. Hehe) coz masing masing ada commitment sendiri...



Apa lagi... Susah hati lah aku. Terus ngadu kata manager aku sampai nangis nangis... Hahaha. Terus dia suggest aku bincang dgn bos utk adjust masa keja aku. Kiranya start kerja awal, balik awal. Gitu lah.

So, last week beranikan diri jmpa bos and bincang. As expected... Bos aku okay je. No problem katanya. Dia akan tolong aku dgn approved aku start kerja jam 8am and balik pada jam 5pm (mikail balik pukul 5pm.. At least kejap je mikail tunggu).



Lega kooo aku uols. Mana nak cari bos yg berjiwa pekerja gitu. Syukur alhamdulillah... Dpt bos yg sgt baik.






Thursday, February 18, 2016

Bila Prinsip Akaun Student Melukis...

Posted by Zie Madini | 0 comments


Hahahaha....jangan gelak taw tengok lukisan yg aku lukis ni. Semuanya gara gara melayan karenah anak. Mikail dok suruh aku ajar dia melukis keluarga bahagia... adat jadi parent koooo uols. Pandai ke, tak pandai ke kau part lukis melukis ni...tetap gak ko jadikan diri tu pandai... demi anak. Hehehe.

... lepas aku lukis tu, baru dia "pelan pelan kayuh" lukis sendiri... but hasilnya hanya garisan je. Hahaha. Lupa plak nak snap :D Takpe nak, nanti nanti lakaran org lidi kau... kalah lakaran fashion designer... hehehe



 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)