Followers

Monday, December 28, 2015

Kasut Sekolah Pertama Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments



Semalam lepas je kenduri doa selamat abg ipar husband, weols terus pecut ke Plaza Merdeka shopping Mall. Sebab nak belikan kasut sekolah Mikail. Memang berebut² kooo weols. Sebab husband on 29.12.15 ni nanti akan pergi outstation OPS selama sebulan. Mikail start masuk tadika on 4.1.16..

...so memang rushing lah kejar masa. Sebab petang tu jam 5pm husband perlu pergi kerja lagi. Zie tak nak pergi berdua je dgn Mikail beli barangan sekolah Mikail. Sebab mikail suka nak mintak gendong. Kang nanti tak menang tangan kang. mana nak pegang shopping bag.

...mana nak gendong mikail. Tu yg barang² sekolah mikail perlu settle sebelum husband pergi OPS.




Payah bebenor kooo nak cari kasut putih utk budak usia 3 tahun lebih. Huhu. Sebenarnya tak plan pun nak belikan brand Puma ni. Nak belikan dari kedai Bata je...senang. Dapat beli 2 pasang sekali gus. Tapi nan hado kooo size mikail :(

...paling kecil pun hanya size 10. Mikail size 8. Tu yg terpaksa ke section Puma ni. Sebab section Puma ni je ada jual size 4 ke atas dan berwarna putih. Dah sempat dah nk ke tempat lain sebab jam masa weols sampai sini dah pun 2pm. 

Tu yg rembat je lah. 






Sementara tunggu adik salesgirl ambilkan kasut Mikail. Mikail plak buat hal kooo. Sebab dia dah penat kenduri sepanjang pagi (dari jam 9am - 1pm kooo...mana dia tak letih), tu yg dia meragam nak tidur. Dia tak nak beli kasut katanya. Dia nak balik...alahai anak kuuu.

...kali ni terpaksa. Bila zie cuba kasut di kaki dia, dia tak nak... apa lagi, kena bebel dgn papa dia lah jawapnya dia. Bila papa dia bebel, terus kooo dia nangis semahu²nya. Apa lagi akuuu...turn zie plak yg bising papa dia. Hahaha.

terpaksa upah dia sebiji keta mainan lepas beli kasut, baru dia henti nangis. Huhu...







Kasut sekolah pertama mikail :) Gaji bulan Januari nanti, baru belikan sepasang lagi. Tak dapat kooo nak belikan 2 pasang serentak. Bankrupt mak nanti...huhu. Lepas ni nak belikan bekas bekal utk mikail sarapan pagi.

...actually di tadika dia memang ada provide sarapan, lunch dan minum petang. Tp still gak simpan sedikit makanan (roti or biskut) utk mikail. In case dia nak mkn kunyah²...senang sikit ustazah/penjaga tadika nanti bagi.

Pssttt... excited koooo buat preparation Mikail utk ke sekolah, walaupun baru je masuk tadika. Still gak nak teruja. Moment uruskan itu ini buat pertama kali tu lah yg priceless.. Hihi. Semoga rajin belajar ye nak....








Tuesday, December 22, 2015

Bag Sekolah Petama Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments



Story penghujung bulan october nih sebenarnya uols. Ko tengok, lama giler aku perapkan... Kan ^_^    Mood nak mengarang entry ni nan hado... Tu pasal ler zie pekasankan lama lama dalam handphone. Hehehe. 

Weols anak beranak tema kelabu hari  tu. Nak pi shopping barang utk mikail ke tadika nanti.  Beli bag sekolah dulu.




Nie baru dinamakan "like fatherr, like son" hihi. Apa entah yg dorg dua termenungkan tu entah. Layan juwa nah masing masing. Hahaha





Sebelum  ke Plaza Merdeka Shopping Mall, weols singgah makan tengah hari tu. Husband teringin nak makan ayam penyet. Zie tang ayam penyet ni dah jemu dah. Dulu masa time kegemilangan ayam penyet, pagi petang siang malam dok memenyet je

... Mana tak nak naik jemu. Hahaha







Tue dia sesi pujuk memujuk.  Zie and  husband nak belikan Mikail bag sandang biasa je. Tak nak yg jenis main tarik tu. Coz mahal nah. 10seb je lagi, cecah RM100. Tapi tu lah... Mikail nak gak yg jenis tarik tu. 

... Malas nak tgk drama tangisab dia or drama menghempas diri ke lantai... Turutkan aje lah. Sebab nanti pun akan  bahagi dua dgn husband. Takpe la... Bag sekolah pertama dia








Tengok tu uols, ke hulu ke hilir dia usung benda alah tu. Over nah dia dgn bag sekolah dia tu ah. Hehehe. Dah mcm ala ala akedemi fantasia je zie tengok... Hahaha




On the way ke rumah Mak Nek segedup dia, "pengsan" koo dia. Letih kot dia pilih brg sekolah dia. Gaji ni nanti baru zie belikan kasut sekolah dia 2 padang. Pastu nak belikan dia bekas utk letak bekalan dia n botol air dia.


.... Byk lagi benda perlu di beli sebelum dia mula ke tadika. Semoga rajin belajar nanti ye, nak <3 










Monday, November 23, 2015

Seronok dia Ke Klinik

Posted by Zie Madini | 0 comments


Hari Khamis minggu lepas, cemas kooo Zie bila emak call gitaw Mikail mengadu sakit perut (tapi tak berak). Menangis sampai terbongkok² dia tahan sakit kata emak. Bila emak Zie call zie, dia nak gak bercakap dgn zie ngadu dia sakit perut terus meraung dia nangis lepas tu.

...apa lagi aku. Panik kooo. sebab takut serious giler ke apa kan. Gelabah lerr drive balik rumah. Sampai rumah, sekali tgk happy tgk zie balik. Terus tunjuk perut dia n say, "mama, sakit tok"... manja nah.



Tengok dalam dok tahan sakit, dia tengok mama dia pakai sunnies... dia pun nak gak weh pakai sunnies. hahaha. Nak gak bergaya dalam kesakitan. Hihi.




Sampai je kat B.Teo Child Specialist Clinic, terus automatik "sihat" kooo dia bila tengok mainan kat dalam tu. Hahaha. Kids will always be kids. No matter how suffer dorg tahan kesakitan, bermain tetap menjadi keutamaan dorg. Hihi






Tengok tu, dia sibuk dengan ubat dia. Dia kan jenis yg suka giler makan ubat. Tgok pic terakhir tu, bila nenek dia pegang ubat dia coz nak masukkan ubat dia dalam plastik tu... tengok reaksi muka dia. Lepas tu dia bising kat Mak Nek dia koooo uols.

...dia kata tu dia punya. Jangan kacau. Hahaha. Macam lah da org nak berebut dgn ubat dia. 




Ni dia kesemua ubat²an Mikail. Mujurlah takde apa² serious. Perut mikail kembung angin je sebenarnya. Disebabkan anak zie tu tahap manja dia teramatlah melampau... so over lah dia bila kena sakit :D Hihi. Apa² pun, dah okay dah Mikai :)



Thursday, November 5, 2015

Asal Keluar Jalan... Kompom Ada Je Rembatan Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments

Bestnya jadi Mikail. Asal keluar jalan je... kompom balik rumah bawa keta mainan baru dia. Zie dan husband selalu je kalah dgn drama air mata dia.

....lagi pun yg dia nak, beringgit dua je. Kalau sampai cecah ratusan, tak kuasa nak bagi. Bagi tangan nak..eh! Hehehe.




Kali ni dia nak diecast lamborghini. Dia sendiri yg pilih. Weols tukar ke Hot Wheels yg harga RM8.90 tu... tak nak weh.

...nak lamborghini tu gak dia. Demand nah. nasib rega tu still mampu lagi. Coz weols guna membership bonuslink, byr less than original price.

Fuhh..lega. hehe.



Dah dapat keta mainan baru... happy. If tak... mata sentiasa terkandung air. Nyampah nah. Kau tunggu lah bila kau dah kerja nanti, Mikail.

....turn mama plak yg mengiyau nak kau beli itu ini. Tak nak beli, mama buat macam kau...menghempas diri ke lantai. Haaaa.... baru kau tahu rasa. 

...errr, kalau zie tak nyanyuk.... agak agak nak ke aku buat gitu weh. Hahahah. Kussss semangat ^_^





Friday, October 2, 2015

Gambar Formal Pertama Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments


Alololololololololo.... comellllll je dia bergambar passport. Hehe...nama je gambar passport, but sebenarnya bukan utk buat passport si kecil comel Zie ni. Tapi utk borang kemasukkan dia ke tadika pada tahun hadapan. Kena submit borang dan jelaskan yuran pembelajaran sebelum 31.12.2015 ni. 

...Tu yg semalam, memandangkan husband zie still cuti, suruh dia uruskan hantar borang kemasukkan Mikail ke tadika. Hantar borang dulu then tggu pihak sekolah bagi surat penerimaan dalam bulan 11 nanti. Lepas tu baru proceed buat pembayaran yuran :)




Zie dan suami hantar Mikail tadika di sekolah Tahfiz ni. Di private school ni, buat masa sekadar ada tadika dan sekolah rendah je. Nursery pun ada gak actually. Dengar khabar, dorg akan bina sekolah menengah gak nanti. Harap² sebelum Mikail habis darjah 6 nanti.... sekolah menengah tahfiz ni akan siap.

...mudah²an. Semoga cepat siap so that tak perlu uruskan pemindahan sekolah nanti. Hehe



Hehehe...dah besa dah anak mama ni. Rasa baru semalam je memangku dia, susukan dia. Awww... kenapa kau membesar begitu cepat nak oiiiiiiii. Huhu. Start next year, dah tak dpt lagi zie nak bershopping seakan. Hehehe. Budget utk shopping semua dah buat anak dan his education saving.

....byk dah perancangan zie utk mikail buat dia masa hadapan nanti kooo uols. Semoga semua perancangan Zie akan berjalan dgn lancar. Kita hanya merancang, Allah swt yg menentukan. Dan sebaik² perancangan adalah perancangan Allah swt.

Anak adalah investment utk kita masa hadapan. Semoga Mikail membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada kedua² ibu bapa dia. Zie nak dia tahu dan paham tanggungjawap dia sebagai seorg anak lelaki dan seorg lelaki :) Insya'Allah..




Friday, September 4, 2015

Mikail 3rd Birthday Celebration : Captain America Theme

Posted by Zie Madini | 0 comments


Ceaaa... My Captain "M"... hehe. Mikail jadi Captain America Junior... hihihi. Throw back entry nie ea uols. Pada malam 30th August bulan lepas, weols celebrate birthday Mikail. Celebrate kecil²an je.... among family members jek.

...antara keluarga madini dan keluarga morsit  :)





Teruja kooo dia sambut birthday dia. Berpeluh² je kawan kecik si ni lari sana sini. Last² terjatuh tersungkur dan pipi terkena bucu kerusi. Haaaa... hambik kau. Dah kena baru reti dok diam...hehehe.






Antara juadah² utk majlis hari jadi Mikail. Tahun ni zie tak tempah cupcakes. Zie ganti cupcake dgn shepherd pies je. Gigih je aku buat pies...hiksss.




Paper props sponsored by Chu Majorflava (click to view her blog). Sangat comel! Berebut je ipar duai nak rembat. Nasib some zie cakap zie nk simpan utk kenangan. Hihi




Mikail with Uncle Benjamin dia. Mikail ni memang taw... dgn org lain nak dia bergambar senyum² posing ². Cuba suruh dia bergambar dgn mama dan papa dia... huh! Payah beb, payah!




Emak Zie - Mak Nek Zie - Makcik Zie. Hehehe. Baru balik dari kampung dorang. Sekarang Mak Nek zie dah duduk dgn weols. Alhamdulillah... takde lah nanti emak sentiasa susah hati terkenangan emak dia.





Hehehe...kalah mikail. Mikail part zie suruh dia pegang topeng tu, takut weh dia. Ceh! Super hero mender nyer if dgn topeng sendiri takut. Hahahaha






Masa utk tiup lilin! Terlupa plak zie nk snap dekat gambar kek dia. Actually ada kes ke tue. Malas nak bising lagi. dah puas bising di FB hari tu. Hahahaha. 




Selfie sat dgn mama, nak :D







Hehehe..teruja dia dapat hadiah. Thank you ipar duai dan adik beradik yg sudi datang memeriahkan majlis hari jadi Mikail yg ke-3 ni. And thanks for the gifts as well ^_^ Dan buat mikail, semoga membesar menjadi anak yg soleh.




Tuesday, August 25, 2015

Mikail "Paw" Kak Mida

Posted by Zie Madini | 0 comments



Another more throw back entry. Hehe. Bulan lepas nyer story rasanya ni. Hihi. That day bawa Kak Mida gi jalan². Nak temankan Zie bawa Mikail kuar jalan². Kesian tgk anak semingu² tu dia duduk kat rumah je. So during weekend, bawa dia jalan² kat kawasan dekat² dgn rumah je.

...awalnya niat nak ke Pustaka. Ambil angin petang and santai² makan ice cream. Tapi boleh plak hari hujan...huhu





Sementara zie tunggu giliran ice cream gula apong zie, kak mida bawa ler Mikail merayap kat dalam Jun Rong. Hasil daripada "rayapan" dorg... mikail menyamar botol air Cars ni.. Hahaha. Budak² kalau dah pegang barang and dah ajak kau ke kaunter bayar...

...if kau tak bayar or letak balik benda alah tu ke tempat asal... kompom dia melalak nangis. Kompom! hehe. Mikail dah start berperangai gitu...haishhhh. Stresss. 

Berbalik pada story kak mida and Mikail. Mula² kak mida suruh Mikail pin botol air Ben10. Sebab kat rumah mikail dah pun ade botol air Cars. But mikail being mikail... nak juga Cars. So cars it is. Hihi




Nasib gak ler Mikail "paw" kak Mida beli botol air tu. Coz botol air lama Mikail gambar Cars sudah mula mengilang. Terhakis dek air. Hihi. But still Mikail still syg kat botol air Cars dia yg lama. Dia still gak nak guna.

...sudahnya ada 2 kooo botol air dia di pakai serentak. Ikut suka dia lah nak minum bergilir². hahaha. Apa² pun, thanks kak mida!




 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)