Followers

Friday, May 12, 2017

Mikail Buat Persembahan ♥ Jadi Penyanyi Utama Kelas Dia

Posted by Zie Madini | 0 comments


Pada 12.11.16 bulan lepas, tadika tempat mikail belajar buat persembahan penghujung tahun sebelum dorg star cuti sekolah :) So... secara rasminya, inilah persembahan dari Mikail yg ke-2 ^_^





Tadaaa... persembahan dari Kelas 4C. Hehe. Masa dia naik atas pentas tu, berdebar debar gak jantung zie koo. Takut sejarah mungkin berulang... hahaha

... kan masa majlis anugerah pelajar terbaik dia aritu, dia nangis time on stage masa buat persembahan. Hahaha






Nasib kooo kali ke-2 ni, dia cool je. Tak nangis. Agaknya tak nak kena ejek zie kot, nangis on stage. Hahaha. Dan dan lagi dia jadi lead singer untuk Kelas dia...

... memang wajib kooo dia tak boleh nangis.




Syukur alhamdulillah. Dari awal persembahan sampai habis persembahan, dia tak nangis dan persembahan berjalan dgn lancar.

... that's my boy! Hehehe




Penyanyi utama Kelas 4C ... my little handsome boy, Muhamad Mikail :) Last minit kooo cari jubah hitam dia tu. Nasib jumpa... hehe

Warna hitam senang je nak cari. Sebab kebanyakkan warna jubah yg ready stock byk berwarna hitam dan putih :)







Bila majlis selesai, dia nak santai santai kejap kat tepi kolam di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub. Future sekolah rendah mikail kelak... insha Allah. 

Cantik koooo permandangan kat Ma'had Tahfiz ni. Sejuk mata memandang.




Masa untuk balik, kata nenek dia. Actually dia still lagi nak santai santai tengok ikan kat situ. 




Sebagai anak yg baik dan menurut kata, once kita ajak dia balik... dia akan ikut cakap kita tanpa memberontak. Semoga berkekalan sampai bila-bila sikap baik mu ini duhai anakku.. amin.




Ni dia video persembahan dia haritu. Happy watching. Slow je suara dia... haha. Malu ler tu ^_^





Anugerah Murid Terbaik Bagi Kelas 4 Cerdik

Posted by Zie Madini | 1 comments

Ya ampunnnn... blog kini terabai sekali lagi dek akibat kekangan kerja. Huhu. Bila malam... keletihan dah. Bila letih... idea nak nulis blog pun nan hado. Hahaha

So... hadap lerrr uols baca entry yg udah tak "Fresh" ... hehehe.



Pada 12.11.16 (Sabtu), adalah majlis konvokesyen Tadika Tahfiz Tattary yg ke-7 kalau tak silap. Actually majlis konvo tu khas utk murid Tahun 6...

Mikail ikut serta sebab dia kan salah seorang penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kelas dia bagi kategori Zakiyyul Fikri :) Alhamdulillah...

Sejuk mata tgk dia berjubah putih :) hehe





Mak ayah dia berbaju putih gak... cuma zie more kehitaman ler coz takde tudung dan skirt putih... hehe. Takpe, janji ada warna putih.. ye idok? ^_^




Sebab weols mengikut jadual surat jemputan (murid-murid yg terlibat kena dtg jam 12tgh hari)... menjawap ler melopong tgk cikgu cikgu setting stage ... hehe

Majlis bermula jam 2:30pm actually. Hahaha. Takpe... sbg tetamu kena hormat atur acara penganjur majlis... betoi tak ;)


Siap sedia untuk buat persembahan. Semangat kooo aku. Ensem anak mama ni. Sejuk hati tengok. Semoga jadi anak soleh... amin.



** Mikail bari depan, No.3 dari kanan**

Bila masuk je dorang utk nyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku... terus tengok mikail dah tersendu sendu nangis.

Ya Allah... resah seorang ibu bila tengok anak dia nangis sampai terhenjut henjut bahu... rasa nak je berlari ke atas stage, peluk dan pujuk dia :'(


** Mikail baris hadapan, No.1 dari kanan. Sebelah cikgu tu **


Sepanjang persembahan nyanyian tu dia nangis non stop (persembahan dia nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Khatam Al-Quran).

 Dari jauh nangis mata dia bengkak. Bengkak gak hati zie yg terpaksa tengok dari jauh... uwaaa. 1st time dia di stage. Nervous n takut dgr bunyi sound system kot. 

Bila dah takut tu, sure lah dia cari Zie... hemprhh





Habis je persembahan... Cikgu Rose terus jumpa zie nak ambil kain lampin dia coz dia nak tido katanya. Terus Cikgu Rose gtaw kat Zie... dia still tak bagi Mikail pada Zie dulu...

... takut dia tak nak naik pentas ambik hadiah. Terpaksa lah akur. Sepanjang tu lah jiwa zie tak tenteram... sebab tak tgk dia... 



Until lah masa dorang dah nak ambil hadiah... baru ler lega hati zie tgk dia dah okay. Dah tak bengkak mata... hehe.




** Mikail sebelah paling kiri, cikgu dia pegang**


Masa dia tunggu turn dia ambil hadiah. Zie dah risau... takut dia nangis lagi. But syukurlah... tak dia nangis. Ambil hadiah dgn jayanya. Hahaha






Tu dia... hihi. Sayang anak manja mama ni tauk. Bila majlis dah selesai, Zie tanya lah dia... kenapa nangis. Dia kata "Mikail nak pergi kat mama. Cikgu tak suruh"... alolololo....

...of coz lah cikgu tak suruh. Majlis belum selesai. Hehe




Hadiah dan medal (errr... kira medal ek tu? Haha) dia. Alolo... cian, nangis dia nak tido. After this tido lah puas puas ye syg mama... hehe.



Ni dia video dia nangis on stage...haha. Kesian anak manja mama ni tau. Hihi.




Raptai Majlis Konvokesyen Tadika Tahfiz @ Hari Penganugerahan MuridTerbaik

Posted by Zie Madini | 0 comments


Cari Mana Mikail kat atas pentas tu... Hehehehe. Throw back entry ni ea. Last week dia ada rehearsal kat Shhh.... tak leh gitaw. Coz belum berlalu... untuk safety purpose ye ^_^

Tadika dorg tumpang dewan kat nearby je. Dekat je dari tadika dorg.




Take 5 and Peace yow! Hehehe




Tengok dia tu. Tak reti ler nak duduk sopan sopan. Hahaha... kids *sighhh* Kalau zie ada baru behave dia.

Thanks Cikgu Rose and Cikgu Bie sudi snap gambar Mikail time rehearsal untuk tatapan zie sekeluarga :) Appreciate it so much! ❤️

Actually byk sebenarnya gmbar dorg sent. Tp tak clear sgt. Ni je yg paling clear untul di abadikan dalam blog ni. Hehe.

1 more day left... tak sabarnyaaa nak tgk Mikail buat persembahan di pentas dan terima anugerah murid terbaik nanti

Im so proud of u, sayang :)




Friday, November 4, 2016

Tahniah Mikail! Dapat Anugerah Murid Terbaik ♥

Posted by Zie Madini | 0 comments


Pada petang hari Rabu aritu, 11 minit je lagi nak balik ambil Mikail di sekolah. Tetiba Zie terima whatsapp dari cikgu Mikail. Informed zie yang Mikail terima surat dari pihak pengurusan tadika.Terus risau koooo zie uols. Terus bermacam² negative thoughts di benak zie...huhu.

...words "Harap Sabar k" dari cikgu Rose tu betul² buatkan zie resah gelisah. Terus dalam fikiran teka kemungkinan tahun depan Mikail tak layak lagi untuk study di tadika tu. Nasib cikgu rose informed tentang surat tu masa dah nak balik. 

Mahu nyer dia inform time awal pagi or tgh hari. Kompom zie tak keruan buat kerja coz risau. Huhuhu




Tak lama lepas Cikgu Rose informed, Cikgu Bie plak yg post kat FB... gambar Mikail pegang surat tu. Since zie dah berfikiran it was a bad news. Terus bila tengok gambar mikail tersenyum pegang envelope tue, terus says kat diri sendiri, "Awww.... kesian anak aku. Tak tahu menahu apa kandungan dalam surat tu. Tersenyum pegang surat yg membawa berita buruk"...

...sejujurnya uols, Zie selalu think negative first sebelum Zie berfikiran positive. Utk menpersiapkan diri zie segala kemungkinan menerima berita buruk. So sepanjang perjalanan ke sekolah mikail, sepanjang tu lah risau. 

Memang tak sabar nak sampai ke sekolah dia utk dapatkan surat tu dan baca.




Bila surat dah di tangan, takde nya kuasa nak drive dulu. Kat parking lot tu juga aku bukak and baca. Hahaha. Sampai Mikail sibuk tanya "mama, mama... kenapa belum jalan² lagi ni. Nak balik". Hahahaha. 




Alhamdulillah.... rupa²nya cikgu² mikail nak buat kejutkan kat Zie rupanya. Sebenarnya dorang nak buat suprise kat zie time hari konvokesyen tu. Tapi memandangkan surat dari pihak pengurusan tadika di beri kat ibu bapa... 

rosak ler plan dorg. Tu yg dorang buat suprise ala² suspen gitu je. Hahaha. Thanks for the prank, cikgu². Memang wakenabeb lah petang tu oi. Hahaha. 




Syukur alhamdulillah... Mikail dapat Anugerah Murid Terbaik bagi kategori Zakiyyul Fikri untuk kelas dia. Anugerah pertama pencapaian pelajaran Mikail. Syukur ya Allah swt :) Sebagai seorang ibu, sejujurnya Zie bangga dengan pencapaian Mikail.

...teruja sangat².




Dia yg selalu duduk di barisan hadapan masa sesi pembelajaran ^_^ Dia yg paling kecik...huhu.




Jubah untuk hari konvokesyen a.k.a hari penerimaan anugerah buat mikail. Konvokesyen tu actually utk Tahun 6...hehe. Kiranya sebelum bermula majlis konvo utk tahun 6. Majlis penerimaan Anugerah utk pelajar² terbaik bari setiap kategori untuk setiap kelas ^_^

...mama dan papa sangat bangga u are among one of them, Mikail ^_^



Tuesday, August 16, 2016

100% Macam Papa Dia

Posted by Zie Madini | 0 comments



Alahaiii... anak oh anak. Kenapalah kau photostate muka papa kau 100% nak oiii. Penat tau mama mengandungkan kau, pastuh betapa sakitnya mama bertarung nyawa melahirkan kau... alih² lahir je, ikut muka papa. Haha. 

...well, siapalah kita hendak mempersoalkan ciptaan Allah swt, kan :) At least kulit dia putih ikut Zie... tu pun dah syukur. Ni baru lah dinamakan hadiah buat suami. 100% ikut papa dia. Hihi. Tengok tu gambar papa dia time umur dia. SEBIJIKKKK... hahaha

Jeles mama tau, Mikail.


Tuesday, July 26, 2016

Akhirnya... Dapat Juga Dia Kereta Robot Transformer

Posted by Zie Madini | 0 comments

Budak kecik yg dok "ke bulan" khayal tengok TV y gedebak besar. Kalah nah TV yg ada kat rumah dia. HIhi. Tu yg dia tak berganjak ganjak tengok :D Lepas habis "khayal" tgk TV tu... dia mengiyau lagi kooo nak ke Parkson.

...ingat plak dia kat shopping mall ni ada Parkson




Kau tgk reaksi dia kat gambar background tu. Dia dah mula nak hentak hentak kaki, if tak turutkan. Dia akan mula nangis, pastu bergolek atas lantai. Menyampah taw. Kalau zie, zie memang hati keras je tgk dia gitu. Biarkan aje. 

...tak kuasa nak pkir apa org sekeliling kata. Coz kau tgk je la price Transformer yg dia nak tu. Bukannya berpuluh harga, Beratus. 





But then... papa dia mengalah. Again.... alahaiii. Nak aje aku tanganka budak kecik tu taw.... eh! Hihi. Papa dia kata, consider hadiah hari jadi dia in advance. Meaning next month, Mikail hanya dapat hadiah hari jadi dari mama dia je...hehe

...dengan redha, pi kaunter bayar




Then... zie plak yg rasa cam tak puas hati. Mcm papa dia tu manjakan dia nah. Zie tak puas hati coz kalau beli waller Guess (since skrg ni ada wallet yg tgh on sales 70%), dah lepas nah dah tu. Sakit plak hati zie...haha.

...takpe takpe. Duit husband. Kalau duit aku, kuasa mama nak oiiiii. Peduli apa kau nangis golek golek kannn. Hihi. coz nanti, kejapppp je benda alah tu dia hancurkan. Bukannya dari material besi tu. Plastic okeh... plastic

...ishhh, tak puas hati nah. Hahaha





Ginie lerrr rupa benda alah yg si Mikail idam idam kan tu. Lepas ni kau mengiyau lagi, kompom aku piat telinga. Takde nyer nak berhabis ratus ratus lagi utk kau anak oiii. Tak elok gitu. Baik mama belikan baju je...ada gak faedahnya.






Ginie plak rupa benda alah tu bila dah bertukar menjadi robot. Dahlah kecik... ishhh. Tak puas hati weh. Hahahahaha. Melepas aku nak membodek papa dia belikan wallet guess aritu.... eh! hihihi... Peace yow...



Friday, July 22, 2016

Hampir Sebulan Dia Mengiyau Kereta Robot

Posted by Zie Madini | 0 comments


Hehehe... setelah hampir sebulan dia dok ngiyau² hendak di belikan kereta robot, actually dia nak tu original kereta robot Transformer Optimus Prime yg harga dia...mak oiiii. Parkinson aku. Hampir RM300.... kuasa aku nak melayan. So setiap hari lerrr dia dok ngiyau ngiyau.

...letih dok dgr di ngiyau. Beli je lah. But semestinya bukan yg bapak giler mahal tu. Kau ingat emak kau ni datuk?... krikkk krikkk




Hahahaha...muka dia a little bit macam tak puas hati. Sebab kelihatan lain dan jauh lagi kecik dari kereta robot yg dia idam²kan. Mikail...kuasa mama nak layan, okay. Beli kau yg murah je nak oiiiii. Nasib time tu dia takde drama. 

....macam redha je dia terima. 


Ni dia ngiyau suruh bukak terus. Hihi. Janji kau tak drama hempas diri ke lantai, mama dah cukup syukur nak. Buka sekarang pun sekarang. Janji kau tak ngiyau yg Transformer original tu. Kuasa mak noks, KUASA! Hahaha





Ni haaa...belikan dia kereta robot Tobot je. Hahahaha. Ambil Tobot Y. Kereta robot gak tu kan...hehe. Mikail, if kau dah besar nanti, dah kerja.... mama akan paksa kau baca blog kau sendiri (Mikail's Journey - klik utk lihat), so that kau tahu camne perangai kau masa kecik dan mama papa selalu beralah utk kebahagian kau, nak.

....tp kan anak mama, kena tahu... sometimes mama papa tak turutkan sebab : 1st, tak mampu. 2nd, tak nak kau terbiasa dan manja. Bila tiba masanya kau dah paham, mama papa definitely tak akan turutkan dan akan teach kau utk beli sendiri benda yg kau nak. In where u have to work for it....

 so that kau akan paham erti susah mencari duit....soon, bila dia sudah mengerti... Zie akan didik pelan² didik dia. Buat masa skrg, umur ni memang tahap ya ampunnnnn kooo uols. A dia kata, A gak. Kalau tak... heran manusia lalu lalang tengok dia bergolek atas lantai.... alahaiiii. 

....lain orang, lain ragam anaknya ye. If anak uols tak macam mikail ni, bersyukurlah sgt² je dpt yg tak memberontak. Mcm weols, dah nasib badan...haha. But we love him will all our heart ♥



Keputusan Semester Pertama Mikail

Posted by Zie Madini | 0 comments

Hari Sabtu lepas, ada Hari Permuafakatan tadika tempat Mikail study. Actually Hari Permuafakatan tu adalah hari dimana parents jumpa dgn cikgu Al-Quran dan Cikgu Akademik untuk mendapat maklumbalas tentang prestasi anak.

....ada sedikit berdebar gak. Pengalaman pertama kooo. hihi



Semangat je weols datang awal. Malam tu Zie gtaw husband. Kalau habis duty, if dapat balik Kuching, better balik since keesokkan hari ada pejumpaan dgn cikgu di tadik mikail. Better pergi berdua and sama sama dgr prestasi mikail camne.

...nasib baik habis mlm tu lepas habis duty terus pecut balik. hihi Kesian dia terpaksa drive 2jam. Dahlah letih. Demi mu anak, kannn. 





Sementara tunggu our turn, selfie selpot dulu. Hihi. Zie dan Mikail sedondon. Baju petak petak. Husband tak sedondon coz takde baju petak petak warna merah. Di surah pakai baju merah plain, tak nak plak dia...huhuhu.





Alhamdulillah... sangat baik keputusan akedami Mikail. Syukur alhamdulillah. Zie sgttttt risau if kat sekolah dia tak nak belajar taw. Coz kat rumah.... teramatlah payah nak suruh dia belajar. Asyik mainnnnn je memanjang.

Hanya utk mata pelajaran Matematik dan Jawi je dia tak dapat markah penuh. Mata pelajaran lain, semua penuh. 




Meanwhile utk pencapaian Iqra dan Surah Hafazan dia plak... Hanya dapat C a.k.a Yayyid (Baik) untuk keseluruhan 12 ayat hafazan dia bagi Semester Pertama ni. Oklah tu. Bersyukur dgn pencapai anak. Bukan senang umur semuda tu nak hafal banyak surah

...sejujur nya, Zie akui, tak semua surah hafazan tu zie pun ingat taw. Hahaha. Kalah zie dengan Mikail. Zie monitor bacaan dia pun refer dgn buku gak. Llalalalala :P





Tuesday, June 14, 2016

Mikail Ke Mikayla Nie?

Posted by Zie Madini | 0 comments


Kusss semangat tajuk tu. Simpang malaikat 44... puh puh puhhh. Huhuhuhu. Hari tu, Since kebanyakkan shawls lama dah Zie tak pakai, ingat nak kemaskan shawl collection zie. Mana² yg totally tak nak pakai lagi, akan bagi kat orang.

...zie ni, ada satu tabiat yg sgttt tak elok. Once dah beli baru, yg lama terperokkkk je dalam almari tak tersentuh² lagi. Tu yg husband suka nah bebel. Hihi. 

Masa tengah ngemas² shawls tu kan, adalah budak kecik ni mengacau.

::
::
::
::
::




Kau tengok. Dia sendiri yg pakaikan tu. Siap cakap "Mama... mcm ni ke mama pakai. Macam ni kan? Kacak sik saya?"... ek elehhh, Mikail ni ikut mood dia nak berbahasa Malaya. Kalau dtg mood gedik dia, haaa... campur² ler bahasa dia pakai. But more ke bahasa Malaya. Hahaha. Ngade taw

...Apa lagi Zie, terus.. awwwww, comelnyaaaa kau nak. If uols tgk dia live² bershawl gitu... 100% mcm perempuan. Adoyaiii. "Touch wood" nak oiii. Kau tu lelaki, Mikail. Jgn memandai nak jadi Mikayla. Mikayla tu nama mama reserved siap² utk adik kau nanti... eh! tetiba. Hahaha






Mikail Copyright©
 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)