Followers

Friday, November 4, 2016

Tahniah Mikail! Dapat Anugerah Murid Terbaik ♥

Posted by Zie Madini |


Pada petang hari Rabu aritu, 11 minit je lagi nak balik ambil Mikail di sekolah. Tetiba Zie terima whatsapp dari cikgu Mikail. Informed zie yang Mikail terima surat dari pihak pengurusan tadika.Terus risau koooo zie uols. Terus bermacam² negative thoughts di benak zie...huhu.

...words "Harap Sabar k" dari cikgu Rose tu betul² buatkan zie resah gelisah. Terus dalam fikiran teka kemungkinan tahun depan Mikail tak layak lagi untuk study di tadika tu. Nasib cikgu rose informed tentang surat tu masa dah nak balik. 

Mahu nyer dia inform time awal pagi or tgh hari. Kompom zie tak keruan buat kerja coz risau. Huhuhu




Tak lama lepas Cikgu Rose informed, Cikgu Bie plak yg post kat FB... gambar Mikail pegang surat tu. Since zie dah berfikiran it was a bad news. Terus bila tengok gambar mikail tersenyum pegang envelope tue, terus says kat diri sendiri, "Awww.... kesian anak aku. Tak tahu menahu apa kandungan dalam surat tu. Tersenyum pegang surat yg membawa berita buruk"...

...sejujurnya uols, Zie selalu think negative first sebelum Zie berfikiran positive. Utk menpersiapkan diri zie segala kemungkinan menerima berita buruk. So sepanjang perjalanan ke sekolah mikail, sepanjang tu lah risau. 

Memang tak sabar nak sampai ke sekolah dia utk dapatkan surat tu dan baca.




Bila surat dah di tangan, takde nya kuasa nak drive dulu. Kat parking lot tu juga aku bukak and baca. Hahaha. Sampai Mikail sibuk tanya "mama, mama... kenapa belum jalan² lagi ni. Nak balik". Hahahaha. 




Alhamdulillah.... rupa²nya cikgu² mikail nak buat kejutkan kat Zie rupanya. Sebenarnya dorang nak buat suprise kat zie time hari konvokesyen tu. Tapi memandangkan surat dari pihak pengurusan tadika di beri kat ibu bapa... 

rosak ler plan dorg. Tu yg dorang buat suprise ala² suspen gitu je. Hahaha. Thanks for the prank, cikgu². Memang wakenabeb lah petang tu oi. Hahaha. 




Syukur alhamdulillah... Mikail dapat Anugerah Murid Terbaik bagi kategori Zakiyyul Fikri untuk kelas dia. Anugerah pertama pencapaian pelajaran Mikail. Syukur ya Allah swt :) Sebagai seorang ibu, sejujurnya Zie bangga dengan pencapaian Mikail.

...teruja sangat².




Dia yg selalu duduk di barisan hadapan masa sesi pembelajaran ^_^ Dia yg paling kecik...huhu.




Jubah untuk hari konvokesyen a.k.a hari penerimaan anugerah buat mikail. Konvokesyen tu actually utk Tahun 6...hehe. Kiranya sebelum bermula majlis konvo utk tahun 6. Majlis penerimaan Anugerah utk pelajar² terbaik bari setiap kategori untuk setiap kelas ^_^

...mama dan papa sangat bangga u are among one of them, Mikail ^_^



0 comments:

 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)