Semakin bam bam pipi Mikail :) Masa ni Mikail baru berumur 19 hari ^_- Pakai baju dan seluar baru yg papa dia baruuuu je beli...suka ler tue **tgk muka** haha :P
Alolololo....senyummmmm. Manis je senyuman anak aku ni ah :D
Alolololo...tomei! Pakai serban tuee. Nak jadi ustaz ea anak mama ni? Aminnn...hehe :P Sgttttt suka zie dgn gambar Mikail pakai serban ni taw. Ni kerja papa dia la ni. Dahlah Mikail tersenyum riang masa di pakaikan serban ni :D
...sejuk perut mengandung tgk gambar ni taw. Semoga impian mama dan papa tercapai hendaknya...Aminn :)
Semasa Zie mengandung dulu, zie selalu amalkan minum air zam zam :) So ni zie nk kongsikan kat uols (terutama sekali mummy-to-be) ttg khasiat air zam zam ni ek
Antaranya, amalan meminum Air Zam-Zam dapat membantu mempermudah proses bersalin. Juga, elok jika dapat dititiskan ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan.
Sebelum minum Air Zam-Zam jangan lupa doa/selawat berikut;
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا (ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN) Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat
وَرِزْقًا وَاسِعًا (WARIZQON WAASI'AN) rezeki yang luas
وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ (WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN) ubat dari segala penyakit
اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني (ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII) Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.
Selepas doa/selawat, sebutkan hajat dan niat (agar mudah bersalin, bayi dan ibu sihat, dsb.)
Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik.
-- sumber dari google
W/pun zie menghadapi kerumitan semasa melahirkan Mikail (maybe itu ujian buat zie), uols jgn plak tak cuba ek. Mana tahu rezeki uols, uols di permudahkan utk beranak nanti :)
Hehe...ada lg ambil video Mikail :) Kali ini dia tak tidur ea. Sedang bangun dia...hehe. Tak merenggek pun dia bangun tidur. Ini yg bestnya Mikail...dia jarang nangis. Kalau dia nk susu pun...
...dia just merenggek je. Syukur....hehe. Tp if tgh tukarkan lampin dia and zie lambat nk tukar..meraung kooo dia nangis. HAHA :D
Skrg Mikail sudah berumur 2 minggu 1 hari dah :) Cepat kan masa berlalu. Berat dia on last check up aritu dah 3.2kg (semasa lahir berat dia 2.7kg). Menaik koo berat dia. Tgn pun dh cepat lenguh gendong dia time nyusu...hehe.
...tak lama lg, sebulan ler umur anak aku ni nanti ^_^
Kesian Mikail...masa zie baru je melahirkan Mikail, pd hari ke-2 & ke-3 kelahiranya...Zie tak dpt nak breast feed Mikail. Coz puting susu Zie merekah teruk gara-gara di hisap Mikail time kat hospital dulu.
...masa tu setitik air susu zie pun takde. Thats why puting jd merekah teruk coz Mikail keeps on sucking it :(
Sebab itulah zie terpaksa bagi Mikail susu tepung (Anmum Infacare). Kesian dia...kecik-kecik dah minum susu tepung :( Masuk hari ke-4 after kelahiran Mikail, payu dara zie plak bengkak kedua-deua belah :(
...Ya ALLAHHHH, azab giler rasa. Zie try pump susu keluar...tp sakit ar. Nak tak nak...terpaksa gak zie suroh mikail hisap. Sampai berair mata zie tahan sakit. Alhamdulillah...
lepas mikail puas hisap, barulah payu dara zie tak bengkak lg :)
Sekarang ni dah sembuh dah kedua-dua puting zie dari rekahan :) Kekadang time pepagi buta, bila turn husband zie yg jg dia dan zie plak yg tido...terpaksa gak bagi dia susu tepung...hehe.
...nak pump, zie dh fobia dah. Bg zie, ok lg kena hisap baby dari pump. dlm sehari, adalah 1, 2 kali je mikail minum susu tepung. Itu pun time mlm-mlm bila zie dh tak larat nk breast feeding lg...huhu
Nih Mikail, if dh besar n baca entry yg mama tulis ni...di harap menjadi anak yg soleh dan taat kepada mama dan papa dan agama ea, syg :)
Video ni di ambil time mikail baru je berusia 3 hari :) Lena je dia tido time tengah hari yg panas menyengat ni...hehe. Kesian Mikail. Takpe, belajar hidup susah dari kecik ye sayang :)
Video di ambil oleh abg Zie (Minie) dan tunangnya (Chu)
Jom uols layan gambar-gambar mikail dgn bantal busuknya, yuk. Hehe. Kebanyakkan gambar, Mikail dok tidoooo je memanjang. Payah nah nak ambil gambar dia bangun taw....huhu
Sgt suka bila tgk mikail bertopi ginie. Kecomelan dia terserlah lah weh...hehehe. Tu dia pun anak sendiri comel. Feduliks...teeeheee +__+
Mikail ni rambut dia mmg ikut mama n papa dia time baby dulu taw. Zie n husband zie time baby, dua-dua tak berambut gnie taw. Rambut cam segannnn je nk tumboh...hahaha. Tu yg di warisi oleh anak weols tu :P
..takpe lepas kenduri doa selamat Mikail nanti, akan botakkan dia terus, Insya'ALLAH. Kasi rambut dia tumbuh serentak :D
Ni dia si ladybird yg setia menemani Mikail...hehe. Hadiah dari rakan sekerja zie, Felice :)
Alololo...nangis dia di beri mandi. Hehe. Nape ek baby bila kita bg mandi kompom lah nangis ea? Hehe...tu dia soalan benggong! haha :P Part bagi mandi bagai...Mak Nek dia yg bagi..
Tunggu zie dh lepas pantang, baru turn zie lak yg bagi ^_^
Lepas mandi, bagi susu bagai (zie breast feeding okeh :P), kompom dia menguap nak tido :D
Part nak tido kan Mikail time malam amat payah woooo. Bersengkang mata sampai pening kepala layan karenah dia. Menjadi seorg ibu mmg sgttt sgttt challenging. Dan dan lagi if kau brest feeding.
...for sure nyer bila dia nk susu, kau kena bangkit bagi susu :D Frankly speaking, letih giler akibat kurang tidur...but ITS FUN being a mom :)
30.8.2012 petang... lahirlah seorg bayi lelaki seberat 2.7kg melalui proses pembedahan. Di beri nama Muhamad Mikail :) Dialah permata hati Zie dan Dillah. Kasih syg weols berdua 100% di beri utk dia...hehe.
..dialah keutamaan weols laki bini sekarang. Semoga menjadi sorg anak yg soleh dan berbakti kpd papa dan mama, ye sayang. Aminnnnn ^_^
Ni adik ipar zie, Siti Aisyhah (adik husband)...dia pun tgh expecting her 1st child gak.
Ni plak bakal kakak ipar zie, Chu Majorflava (Tunang abg zie). Harap next year bila uols kawen nanti, terus cepat-cepat dpt bby mcm zie gak. hehehe. Aminnnn :)
P/S: If nk baca story ttg pengalaman zie melahirkan dia, uols boleh click ---- SINI :)
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12